Tengku Zafrul jelaskan tempahan pesawat Boeing bukan kerana tekanan: Laporan

August 4, 2025 · Isu semasa

Perolehan pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) adalah sebahagian daripada pelan pembaharuan dan peluasan kapasiti armada yang bersifat jangka masa panjang serta berfasa, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata pembelian pesawat Boeing oleh MAG bukanlah satu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba atau kerana tekanan tarif, tetapi berlandaskan keperluan menggantikan pesawat B737-800 yang secara purata telah beroperasi selama 14 tahun, demi menjamin keselamatan dan kemampanan operasi syarikat.

“Pada 2016, MAG telah membuat tempahan awal bagi 25 pesawat Boeing 737-8 MAX. Sejak November 2023, sebanyak 13 pesawat telah diterima, dan selebihnya akan dihantar secara berperingkat sehingga 2027.

“Pada 20 Mac, 2025, MAG memuktamadkan tempahan tambahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX, dengan tempoh penghantaran dijangka bermula 2025 hingga 2035,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan menteri mengenai rundingan perdagangan timbal balas dengan Amerika Syarikat.

Tengku Zafrul juga berkata terdapat 30 pesawat lagi di bawah kategori perancangan yang akan diputuskan berdasarkan strategi dan pelan pertumbuhan MAG pada masa depan.

“Nilai perolehan ini bukan sekadar harga pesawat malah juga merangkumi kos enjin, latihan, penyelenggaraan serta sokongan jangka masa panjang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata industri aeroangkasa Malaysia turut mendapat manfaat daripada keputusan itu, dengan jenama Boeing telah lama menjadi rakan utama dalam industri itu, termasuk melalui syarikat Boeing Composites Malaysia (BCM) di Kedah, yang menyokong rantaian bekalan global Boeing dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Syarikat Malaysia seperti CTRM, UPECA, SME Aerospace, Plexus dan lain-lain adalah pembekal komponen penting kepada Boeing dan Airbus. Industri aeroangkasa Malaysia menyumbang RM25.1 bilion pada 2024 dan menyokong 30,000 pekerjaan di seluruh negara

“Pada masa sama, sektor pelancongan negara menunjukkan pemulihan kukuh melebihi paras prapandemik. Boeing sendiri menjangkakan pertumbuhan trafik penumpang global sebanyak 4.7 peratus setahun untuk tempoh 20 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata oleh yang demikian, pelaburan itu membolehkan Malaysia memanfaatkan potensi pertumbuhan industri pelancongan dan aeroangkasa. – Bernama

Berita berkaitan
Kos sara hidup, pelaburan jadi fokus Belanjawan 2027: Fahmi
August 23, 2026· Isu semasa
Sudah lah tak hadir sidang khas Parlimen, Hadi persoal RCI TH dedah sekarang
August 22, 2026· Politik
Semua juruterbang MAS bebas pengaruh dadah: MAG
August 17, 2026· Isu semasa
Kes dadah Jakarta: Juruterbang bawa dadah ke luar negara sejak 2024
August 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
6 jam lalu · Isu semasa
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
7 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
7 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
August 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok