Gempa bumi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan tiada ancaman tsunami terhadap negara ini susulan gempa bumi kuat yang melanda pesisir timur Kamchatka, Rusia, 7.24 pagi waktu Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 melanda luar pesisir Semenanjung Kamchatka di timur jauh Rusia.
Gempa bumi berkenaan telah mencetuskan ombak tsunami setinggi 4 meter dan mencetuskan arahan pemindahan di seluruh wilayah Pasifik pada Rabu.
Gempa bumi cetek itu turut merosakkan beberapa bangunan dan mencederakan beberapa individu di kawasan terpencil Rusia.
Di Jepun, sebahagian besar penduduk di pesisir timur negara itu yang pernah dilanda gempa bumi dan tsunami magnitud 9.0 pada 2011 telah diarahkan untuk dipindahkan.
Di Hawaii, penduduk pesisir diminta berpindah ke kawasan tinggi atau ke tingkat empat ke atas bangunan, dan Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengarahkan kapal-kapal meninggalkan pelabuhan apabila tsunami menghampiri.
Siren tsunami kedengaran di bandar-bandar pesisir di seluruh pantai Pasifik Jepun dan arahan pemindahan telah dikeluarkan kepada puluhan ribu orang.
Tiga gelombang tsunami telah direkodkan di Jepun, dengan yang terbesar setinggi 60 sentimeter (24 inci), kata pihak berkuasa negara itu.
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi, memaklumkan tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini, dan tiada sebarang kejanggalan berlaku di mana-mana loji nuklear.
Sistem Amaran Tsunami AS juga memberi amaran mengenai “gelombang tsunami berbahaya” yang sedang merebak ke seluruh Lautan Pasifik.
Gelombang melebihi 3 meter berkemungkinan melanda sebahagian pesisir Rusia, pulau-pulau utara Hawaii dan Ecuador, manakala gelombang setinggi 1 hingga 3 meter berpotensi berlaku di negara-negara seperti Jepun, Hawaii, Chile dan Kepulauan Solomon.
Gelombang yang lebih kecil dijangka melanda pesisir di banyak kawasan lain di seluruh Pasifik, termasuk Pantai Barat AS.
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri