Diskaun tol sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Kerajaan memutuskan 10 konsesi lebuh raya tidak akan mengalami kenaikan kadar tol bagi tahun 2026, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Fahmi memaklumkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung dan langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat tidak terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Semalam Kabinet telah memutuskan bahawa bagi tahun 2026, 10 konsesi lebuh raya ini tidak akan mengalami sebarang kenaikan tol,” katanya ketika mengulas keputusan mesyuarat berkenaan semasa sidang media mingguan hari ini.
Fahmi menjelaskan, keputusan mengekalkan kadar tol itu mempunyai implikasi kewangan kepada kerajaan, namun komitmen tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan Persekutuan.
“Keputusan ini memang ada implikasi kewangan kepada kerajaan, jadi jumlah berkenaan akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya.
Beliau menambah, perincian lanjut mengenai lebuh raya yang terlibat serta jumlah implikasi kewangan akan diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan rasmi.
“Perincian akan dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya dan insya-Allah kenyataan tersebut akan dikeluarkan hari ini,” jelasnya.
Sehubungan itu, Fahmi menasihatkan pihak media dan orang ramai untuk merujuk kepada kenyataan rasmi Kementerian Kerja Raya bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung keputusan tersebut.
“Sekiranya kenyataan itu belum dikeluarkan, boleh berhubung terus dengan setiausaha akhbar Kementerian Kerja Raya,” katanya.
Keputusan kerajaan itu dijangka memberi kelegaan kepada pengguna lebuh raya, khususnya mereka yang bergantung kepada jaringan lebuh raya utama untuk urusan harian dan pekerjaan.
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan