Tiada PRU pada masa terdekat, fokus pulihkan negara hadapi krisis global

20 jam lalu · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi isyarat jelas tiada pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat, sebaliknya semua pihak diminta memberi tumpuan penuh kepada usaha menangani krisis global yang sedang melanda, khususnya berkaitan tenaga dan ekonomi.

Anwar menegaskan keadaan semasa menuntut kerjasama merentas politik dan bukan pertelingkahan.

“Ini bukan isu politik. Ini bukan soal pertarungan politik… tidak akan ada pilihan raya dalam satu dua bulan ini, sabar sekejap,” katanya semasa berucap ketika merasmikan Program Madani Rakyat 2026 Perak di Meru Raya.

Beliau turut mengingatkan keutamaan kini adalah kerja dan penyelesaian masalah rakyat, bukan persaingan kuasa.

Malaysia ketika ini berdepan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, susulan konflik geopolitik di Asia Barat yang memberi kesan kepada bekalan dan harga tenaga dunia.

Dalam konteks itu, kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati untuk memastikan kestabilan dalaman terus terpelihara.

Mengulas cadangan pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) secara sebahagian dalam sektor awam, Anwar berkata kerajaan mempunyai mekanisme pemantauan tersendiri bagi memastikan produktiviti dan integriti perkhidmatan tidak terjejas.

Menurutnya, dasar itu memerlukan disiplin tinggi dalam kalangan penjawat awam.

“Ia menuntut budaya kerja bertanggungjawab dan pemantauan berkesan supaya tidak berlaku penyalahgunaan,” jelas beliau.

Tambahnya, langkah tersebut juga menjadi sebahagian strategi kerajaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan negara menghadapi sebarang gangguan bekalan tenaga serta cabaran ekonomi global.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan menerusi program Sentuhan Kasih Syawal, melibatkan bantuan RM5,000 kepada institusi seperti rumah anak yatim, pusat jagaan warga emas dan pusat latihan OKU.

Bantuan perumahan turut diagihkan melalui beberapa inisiatif baik pulih dan pembinaan rumah baharu.

Anwar menegaskan bahawa tempoh mencabar ini memerlukan semua pihak bersatu hati.

“Cukup-cukuplah berpolitik, bangun dan selamatkan negara kita,” katanya.

Berita berkaitan
Fokus bantu rakyat, UMNO sokong cadangan PMX tidak buat PRU awal
April 5, 2026· Politik
Anwar pertahan pendekatan diplomasi Malaysia dalam berdepan krisis Asia Barat
April 5, 2026· Isu semasa
Kerajaan perkukuh usaha hadapi krisis tenaga, lindungi rakyat: Fahmi
April 5, 2026· Isu semasa
PKR diingatkan kekal bersatu, elak perbalahan terbuka: Ramanan
April 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Jawatan Ketua Pembangkang masih tergantung, Muhyiddin desak keputusan segera
April 5, 2026 · Politik
Rafizi didakwa buat sabotaj dalaman PKR
4 jam lalu · Politik
Himpunan bantah harga minyak tak selesaikan kos sara hidup: AMK Johor
4 jam lalu · Politik
Samsuri gagal umum calon Ketua pembangkang Baharu, minta bersabar pula
19 jam lalu · Politik
Rafizi disaran muhasabah diri, henti salahkan pihak lain: PKR Maran
April 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok