Dewan Negara.
Tiga orang menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah bagi penggal kedua mereka sebagai senator di Dewan Negara, sekali gus membolehkan mereka meneruskan tugas dalam Jemaah Menteri.
Yang Dipertua Dewan Negara, Awang Bemee Awang Ali Basah, menyaksikan majlis angkat sumpah Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir; serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar.
Awang Bemee dalam ucapan beliau berkata, pelantikan semula ketiga-tiga mereka mencerminkan kepercayaan berterusan terhadap kepakaran dan komitmen mereka untuk menyumbang kepada dasar serta pembangunan negara.
“Pelantikan ini dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, dan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 2 Disember 2028,” jelas beliau.
Beliau turut mengucapkan selamat berkhidmat dan bertugas kepada ketiga-tiga menteri berkenaan.
Menurut rekod, kesemua mereka sebelum ini telah mengangkat sumpah bagi penggal pertama sebagai senator pada Disember 2022.
Pelantikan terkini ini menjamin kesinambungan peranan mereka dalam kerajaan bagi tempoh akan datang.
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum