Syed Badli Shah Syed Osman.
PKR Titiwangsa membidas tindaan Ketua-ketua UMNO bahagian berhubung isu titah adendum yang disifatkan boleh mewujudkan ketidakstabilan politik.
Ketua Cabang PKR Titiwangsa, Syed Badli Shah Syed Osman berkata tidak sepatutnya UMNO membuat desakan tersebut ketika politik negara berada dalam keadaan stabil disamping kerajaan juga sedang ekonomi ke arah pengukuhan.
Dalam masa sama, menurut bekas Naib Ketua AMK, gesaan itu juga ibarat mendesak Perdana Menteri mencampuri urusan mahkamah kerana kewujudan titah adendum tersebut masih dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan.
“Perdana Menteri tidak seharusnya didesak untuk melaksanakan titah adendum itu kerana pendirian kerajaan jelas dalam memisahkan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.
“Sama ada titah adendum itu wujud secara berpelembagaan atau tidak, semua pihak wajar menunggu sehingga keputusan akhir Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, seramai 160 Ketua UMNO bahagian mendesak Anwar mengambil tanggungjawab penuh untuk melaksanakan titah adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikeluarkan 4 Januari lalu melibatkan Najib.
Jurucakapnya, Dr Mohd Shafie Abdullah berkata, Perdana Menteri perlu membenarkan Najib menjalani baki hukuman melalui tahanan dalam rumah.
Sementara itu, Syed Badli Shah yakin sebaik sahaja mahkamah membuat keputusan berkenaan titah adendum tersebut, kerajaan akan bertindak sewajarnya berdasarkan undang-undang.
Sehubungan itu, beliau meminta kepimpinan UMNO untuk memainkan peranan meredakan desakan terbabit bagi mengelakkan sebarang ketidakstabilan politik yang boleh berlaku.
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri