Presiden Amerika, Donald Trump.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memuji Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, dengan gelaran ‘tokoh hebat’ susulan peranan utama beliau dalam memudahcara perjanjian damai bersejarah antara Thailand dan Kemboja.
Penghargaan tinggi itu disampaikan Trump semasa majlis menyaksikan pemeteraian perjanjian damai ‘Delivering Peace – Cambodia-Thailand Peace Deal’ di ibu negara hari ini.
Beliau mengakui kejayaan Anwar itu antara yang mendorongnya untuk hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
“Beliau (Anwar) adalah seorang tokoh hebat, tokoh bersejarah,” ujar Trump.
“Saya berasa terpanggil untuk datang ke Malaysia, sebahagiannya kerana Perdana Menteri Anwar telah berjaya menyelesaikan pertikaian antara dua negara yang sangat penting,” tambahnya lagi.
Trump seterusnya menjelaskan peranan Anwar sebagai pemudahcara apabila menjadi orang tengah dalam rundingan ramai tersebut.
“Kedua-dua pemimpin (Thailand dan Kemboja) amat menghormati antara satu sama lain, namun Perdana Menteri (Anwar) memainkan peranan penting dalam membantu mempertemukan kedua-dua pihak untuk mengadakan rundingan di Kuala Lumpur,” jelasnya.
Majlis bersejarah itu turut disertai oleh Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.
Kejayaan ini dilihat sebagai bukti nyata kepimpinan dan keupayaan Malaysia dalam mengukuhkan keamanan dan kestabilan serantau di pentas ASEAN.
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum