Tuan Ibrahim: Pemilihan PAS lebih terbuka berbanding UMNO

August 31, 2025 · Politik

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menyatakan proses pemilihan dalam parti itu lebih terbuka berbanding dengan UMNO yang didakwanya sering menyekat ahlinya daripada bertanding untuk jawatan tertentu.

Dalam satu wawancara media, Tuan Ibrahim menegaskan PAS tidak pernah menghalang mana-mana ahlinya untuk bertanding bagi sebarang jawatan dalam parti, termasuk jawatan presiden dan sistem pencalonan PAS membenarkan mana-mana individu untuk dicalonkan dalam pemilihan parti.

“Dalam PAS, kita tidak sekat, bukan seperti UMNO. PAS memang terbuka. Kita minta pencalonan. Kalau ada pencalonan, calonkan saja. Tapi memang tiada pencalonan untuk dua jawatan itu,” katanya merujuk kepada jawatan presiden dan timbalan presiden yang tidak dipertandingkan.

Tuan Ibrahim menafikan dakwaan PAS mengamalkan sifat ‘walak’ dalam pemilihan, dengan menjelaskan parti tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk menghalang ahli daripada bertanding.

Beliau mempertahankan langkah mengekalkan jawatan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dengan alasan kemampuan dan pengiktirafan antarabangsa yang dimiliki pemimpin tersebut.

“Mungkin kawasan dan dewan melihat tiada keperluan buat masa ini untuk pencalonan, sekali gus mengekalkan Abdul Hadi yang masih mampu memimpin dan diiktiraf dalam gerakan Islam seluruh dunia,” ujarnya.

Mengenai isu kesihatan presiden, Tuan Ibrahim menolak cadangan untuk melantik Hadi Awang sebagai Mursyidul Am dengan merujuk kepada sejarah PAS yang membenarkan pemimpin memegang jawatan sehingga akhir hayat.

Beliau juga menegaskan dirinya tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi presiden dan menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan sedia ada.

“ Tidak. Saya sendiri mendukung presiden. Saya juga membuat kenyataan peribadi bahawa presiden perlu dikekalkan. Kami selalu duduk bincang bersama sebab sebarang isu, presiden akan bawa di dalam mesyuarat,” ujarnya.

Tuan Ibrahim menekankan bahawa keputusan dalam PAS dibuat secara kolektif melalui mesyuarat dan bukan secara ‘one man show’.

Mengenai kerjasama politik sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15, beliau menjelaskan bahawa PAS pada asalnya ingin mengekalkan kerjasama dengan UMNO dan Bersatu, tetapi terpaksa membuat keputusan lain setelah UMNO memberikan ultimatum untuk memilih antara bersama mereka atau Bersatu.

Berita berkaitan
Kerjasama BN-PAS dilihat lebih untungkan UMNO: Penganalisis
15 jam lalu· Politik
PRN NS: Anwar titip pantun, seru kekal bersahabat walau bertanding
15 jam lalu· Politik
Hentikan politik takutkan rakyat: Mahfuz
July 21, 2026· Politik
BN kekal bersama Kerajaan Perpaduan, nafi pertemuan dengan PN: Zahid
July 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
3 jam lalu · Politik
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
8 jam lalu · Politik
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
10 jam lalu · Politik
PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat
13 jam lalu · Politik
DUN Jeram Padang: Kebajikan rakyat jadi keutamaan Manivanan
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok