Tujuh menteri, lapan timbalan menteri selesai angkat sumpah: Laporan

December 17, 2025 · Isu semasa

Sebanyak tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini, susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut hadir pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu, yang berlangsung di Singgahsana Kecil pada 10 pagi.

Pada masa sama, lapan timbalan menteri yang baharu dilantik turut mengangkat sumpah jawatan.

Semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan menteri baharu serta pertukaran beberapa portfolio, berikutan kekosongan dalam Kabinet Kerajaan MADANI dan keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian.

Istiadat itu bermula dengan lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia serta majlis penandatanganan dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Menteri yang mengangkat sumpah ialah:

Arthur Joseph Kurup dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, bertukar daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Noraini Ahmad dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, bertukar daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

R. Ramanan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia, bertukar daripada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilantik sebagai Menteri Ekonomi, bertukar daripada Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Mustapha Sakmud dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), lantikan baharu.

Dr Zulkifli Hasan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bertukar daripada Timbalan Menteri portfolio sama.

Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang merupakan lantikan baharu.

Timbalan menteri yang merupakan lantikan baharu ialah:

Sim Tze Tzin sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Mohd Shahar Abdullah sebagai Timbalan Menteri Ekonomi.

R. Yuneswaran sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Mordi Bimol sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Chiew Choon Man sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Lo Su Fui sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Marhamah Rosli dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Istiadat diakhiri dengan sesi bergambar barisan menteri serta timbalan menteri yang baharu bersama Sultan Ibrahim sebelum meninggalkan Istana Negara pada 10.45 pagi. – Bernama

Berita berkaitan
Malaysia pantau konflik Asia Barat, nilai kesan terhadap ekonomi: Akmal Nasrullah
6 jam lalu· Isu semasa
Lebih banyak berita baik bakal diumum PM sebelum Aidilfitri: PMO
March 9, 2026· Isu semasa
Bayaran STR Fasa 2 diawalkan, bantu persiapan Aidilfitri rakyat: PMX
March 9, 2026· Isu semasa
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
March 9, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
AI hanya alat, bukan pengganti pengkarya: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama
6 jam lalu · Isu semasa
27 barangan dikawal sempena Aidilfitri
22 jam lalu · Isu semasa
Mufti Perlis bimbang pengaruh gerakan Hindutva menular, punca provokasi kaum
22 jam lalu · Isu semasa
Penjawat awam rugi RM342,400 terperdaya phone scam
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok