Adegan dalam siri kartun Santiago of The Seas yang mencetuskan pertikaian kerana didakwa mempromosi budaya LGBT. - Foto: Media sosial
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) hari ini menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap siaran sebuah kartun kanak-kanak yang didakwa mempromosikan elemen lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) secara halus.
Gesaan itu dibuat berikutan kebimbangan terhadap siri animasi ‘Santiago of The Seas’ yang disiarkan di sebuah saluran televisyen kerajaan.
Ketua Penerangan DUPP, Mohd Nor Hamzah berkata kerajaan perlu memberikan perhatian serius terhadap sebarang kandungan yang berkait dengan LGBT bagi mengelak budaya songsang itu dinormalisasikan dalam negara, terutamanya apabila ia disasarkan kepada kanak-kanak.
“Serangan halus kelompok pendukung LGBT ini semakin sukar untuk dikesan dan meresap secara halus ke dalam pemikiran kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan.
“DUPP menyarankan agar kerajaan melakukan saringan yang menyeluruh terhadap penyiaran kartun dari luar negara kerana dibimbangi membawa pengaruh LGBT,” tambahnya lagi.
Kebimbangan tersebut timbul selepas beberapa pengguna media sosial berkongsi pemerhatian mengenai adegan yang didakwa mempunyai unsur LGBT dalam siri berkenaan.
DUPP berpandangan tindakan memasukkan elemen sedemikian dalam animasi merupakan strategi jangka panjang untuk merosakkan pemikiran kanak-kanak, seterusnya membentuk komuniti yang menerima ideologi tersebut pada masa hadapan.
“Kebejatan moral sebegini seharusnya menjadi suatu kebimbangan yang perlu dibanteras dengan dasar yang tegas dan tanpa kompromi,” ujarnya lagi.
Di samping itu, DUPP turut menggesa kerajaan memberikan tumpuan yang lebih kepada penerbitan kartun tempatan yang sedia ada. “
Sewajarnya kita mengambil langkah selamat berbanding menormalisasi secara tidak langsung sesuatu yang boleh merosakkan kanak-kanak dan masa depan negara,” ujarnya.
SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong