UMNO-BN Sabah sasar tanding lebih 40 kerusi, tonjol wajah baharu: Bung

October 8, 2025 · Politik

UMNO-Barisan Nasional (BN) negeri Sabah bersedia untuk bertanding lebih 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, menurut Pengerusinya, Bung Moktar Radin.

Beliau berkata UMNO-BN bersedia untuk meletak calon muda dan wajah baharu berbanding PRN sebelum ini untuk dipilih pengundi Sabah.

“Kita bersedia dengan calon-calon yang akan diketengahkan dan tahu rakyat boleh menerima mereka,” katanya dipetik laporan semasa wawancara dengan portal MalaysiaGazette.

Bung Moktar turut mendedahkan bahawa kira-kira 80 peratus calon yang akan ditampilkan merupakan muka baharu.

“Seperti Semenanjung, Sabah juga akan mengetengahkan wajah baharu dan calon muda pada pilihan raya kali ini kerana itu seperti trend semasa,” ujarnya lagi.

Mengenai isu perpecahan dalaman parti, Bung Moktar dengan tegas menafikan sebarang percanggahan antara beliau dan Timbalan Pengerusinya, Abdul Rahman Dahlan.

“Tiada perpecahan dalam UMNO Sabah dan kami kekal dengan satu nakhoda. Isu perpecahan dalaman parti hanya dimainkan pembangkang untuk menunjukkan kononnya UMNO ada masalah,” jelasnya.

“Tidak ada masalah pun, cuma perbezaan pandangan itu saya anggap ia perkara biasa dalam mana-mana parti. UMNO kekal ada satu nakhoda iaitu saya sebagai Pengerusi dan dibantu Datuk Rahman Dahlan,” tambahnya.

Mengulas mengenai langkah untuk mengekalkan kestabilan, Bung Moktar memberitahu satu perjanjian telah dimeterai antara parti dan calon bagi mengelakkan berulangnya isu ‘membeli pemimpin’.

“InsyaAllah calon-calon kami ini akan terus kekal setia dengan parti kerana mereka bersama-sama UMNO pada saat parti ini dilanda kekalahan pada 2018,” katanya.

Bung Moktar turut mendedahkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, telah dimaklumkan mengenai persiapan pilihan raya dan isu dalaman parti.

“Kami sudah berjumpa beberapa kali dan sememangnya tidak ada isu besar antara kami atau saya boleh katakan ia sudah mati,” katanya.

Senarai penuh calon BN dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
9 jam lalu· Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
September 22, 2026· Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
September 22, 2026· Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
September 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
10 jam lalu · Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
11 jam lalu · Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
14 jam lalu · Politik
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
14 jam lalu · Politik
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok