Undang-undang hina agama dan Raja perlu dikaji semula agar lebih tegas: Zahid

May 10, 2026 · Politik

Ahmad Zahid Hamidi berkata undang-undang berkaitan penghinaan agama dan institusi Raja-Raja Melayu perlu dinilai semula supaya lebih sesuai dengan cabaran semasa serta mampu menjaga keharmonian negara.

Presiden UMNO itu menegaskan kebebasan bersuara mesti dihormati, namun tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina agama Islam atau memperlekeh institusi diraja yang menjadi asas penting negara.

“Kebebasan bersuara bukan lesen untuk menghina agama, memperlekeh Raja-Raja Melayu atau merosakkan keharmonian masyarakat,” katanya ketika berucap pada program Musyawarah Nasional: Keresahan Bangsa Melayu di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut beliau, keresahan masyarakat Melayu semakin meningkat apabila isu melibatkan kesucian Islam dan kewibawaan Raja-Raja Melayu sering dipersoalkan secara terbuka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau turut mengimbas beberapa kontroversi yang pernah mencetuskan polemik termasuk isu ICERD, penggunaan kalimah Allah, gurauan berkaitan halal seperti “ham and cheese”, kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib serta bantahan terhadap laungan azan.

“Semua perkara ini mengguris hati umat Islam dan menimbulkan persoalan tentang nilai hormat terhadap asas negara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila terdapat tindakan menghina institusi diraja, termasuk insiden menyamakan wajah Sultan Selangor dengan imej haiwan di media sosial.

“Ini bukan sekadar gurauan melampau tetapi penghinaan terbuka terhadap institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung kedaulatan negara,” katanya.

Beliau menegaskan Islam sebagai agama Persekutuan dan institusi Raja-Raja Melayu merupakan “tiang seri” negara yang perlu dipertahankan secara tegas, adil dan berhikmah.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyentuh cabaran pendidikan dan ekonomi orang Melayu, terutama isu graduan bekerja dalam bidang tidak setaraf kelayakan.

Menurutnya, kira-kira 35.8 peratus atau hampir dua juta graduan lepasan institusi pengajian tinggi kini bekerja dalam sektor separa mahir dan pekerjaan berkemahiran rendah.

Katanya, sistem pendidikan perlu memberi fokus kepada keupayaan dan kemahiran selari dengan kehendak industri semasa, selain memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai laluan utama mobiliti sosial generasi muda Melayu.

Berita berkaitan
BN kekal solo, tak layan kerjasama dengan PAS atau Wawasan: Zahid
12 jam lalu· Politik
Kempen PRN dipantau 24 jam, orang ramai diminta bantu bendung berita palsu: Fahmi
15 jam lalu· Politik
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
June 26, 2026· Politik
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
June 26, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Samsuri tandatangan watikah hanya selepas rundingan PAS-BN gagal: Marzuki
12 jam lalu · Politik
172 calon rebut 56 kerusi DUN Johor, saingan lima penjuru di tiga kerusi: SPR
14 jam lalu · Politik
Maszlee tawar agenda baharu demi Johor, kerajaan negeri seiring dengan persekutuan
14 jam lalu · Politik
Calon ‘underdog’ PH lawan Onn Hafiz sedia beri saingan sengit di DUN Machap
15 jam lalu · Politik
Bersatu berkempen dengan kekuatan sendiri, tak apa PAS tak mahu bantu: Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok