Usaha tangani karenah birokrasi dalam Kementerian Komunikasi akan diperluaskan: Fahmi

June 26, 2025 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi akan mengambil langkah proaktif bagi menangani karenah birokrasi dengan memperluaskan lagi ke seluruh agensi dan badan berkanun di bawahnya.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata langkah menangani birokrasi penting demi memastikan permohonan dan kelulusan dapat dibuat dengan lebih berkesan, malah mengurangkan kos untuk menghasilkan sesebuah produksi.

“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berjaya mempercepatkan proses kelulusan skrip filem asing daripada 30 hari kepada hanya tujuh hari. Ia menyumbang kepada penjimatan kos beban peraturan hingga RM2.4 juta bagi setiap produksi.

“Kejayaan ini merupakan satu pencapaian signifikan buat FINAS, memandangkan penilaian skrip merupakan komponen penting bagi syarikat penggambaran luar negara yang ingin menjalankan produksi di Malaysia,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Tambah beliau, agensi lain seperti Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) turut menunjukkan kemajuan ketara, antaranya melalui pelancaran Garis Panduan PUSPAL (GPP) 6.0 pada April lalu.

“Penambahbaikan itu telah memudahkan proses kelulusan bagi penganjuran konsert serta aktiviti penggambaran melibatkan artis dan syarikat antarabangsa.” katanya.

Kementerian turut komited akan meneliti beberapa langkah susulan termasuk di peringkat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terutamanya berkaitan proses permohonan lesen.

Fahmi mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, Kementerian Komunikasi antara tiga kementerian berjaya melaksanakan reformasi kerenah birokrasi dan diberikan sijil khas penghargaan atas kejayaan itu.

Shamsul berkata, Kementerian Komunikasi berjaya meningkatkan kecekapan kelulusan skrip filem asing daripada 30 hari kepada tujuh hari dengan penjimatan kos beban peraturan hingga RM2.4 juta per produksi sekali gus memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pilihan penggambaran antarabangsa.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata ketika ini pihaknya sedang meneliti permohonan lesen dikemukakan bawah MCMC.

“Saya akan minta supaya usaha untuk mengatasi kerenah birokrasi, dipanjangkan dan diperhebat bawah agensi dan badan berkanun lain dalam kementerian,” katanya.

Berita berkaitan
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
16 jam lalu· Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
20 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tarik balik RUU Pembaharuan Bandar untuk penambahbaikan: Fahmi
20 jam lalu· Isu semasa
STR fasa pertama 2026 mula dibayar hari ini: PMX
January 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perhalusi persiapan pelajar tahun 1 dan laluan IPTA pelajar
21 jam lalu · Isu semasa
10 ajaran sesat masih aktif, JAKIM tingkat pemantauan
21 jam lalu · Isu semasa
Anwar cadang projek ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan
21 jam lalu · Isu semasa
Sekatan ke atas aplikasi Grok ditarik balik selepas patuh arahan MCMC
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok