Wanita dalam video Tei beri keterangan berjam-jam di SPRM: Laporan

November 27, 2025 · Politik

Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan wanita yang dilihat dalam klip video perbualan bersama seorang ahli perniagaan Albert Tei bagi membantu siasatan melibatkan tohmahan terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Wanita itu tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 2.30 petang ditemani peguamnya, R Shugan dan setakat 8 malam, proses mengambil keterangannya belum selesai.

Dalam kenyataan, SPRM memaklumkan telah menghubungi Shamsul Iskandar dan dimaklumkan beliau tidak dapat hadir hari ini kerana berada di Sabah dan akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM petang esok.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mahu siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan Tei dan Shamsul Iskandar, diselesaikan segera dan telah mengarahkan pegawainya untuk menyiapkan siasatan dalam tempoh dua minggu.

Selasa lepas, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai setiausaha politik kanan perdana menteri. – Bernama

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026· Isu semasa
Hadi: Jangan guna isu rasuah jatuhkan lawan
September 4, 2026· Politik
AG digesa semak semula 47 kes pertuduhan Zahid: Rayer
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
2 jam lalu · Politik
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
2 jam lalu · Politik
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
2 jam lalu · Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
2 jam lalu · Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok