Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Penguasaan kecerdasan buatan (AI) kini dilihat sebagai faktor penentu masa depan industri penyiaran, bukan sekadar persaingan antara manusia dan teknologi.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perubahan landskap media hari ini sebenarnya membezakan antara pengamal media yang mampu menyesuaikan diri dengan teknologi dan mereka yang ketinggalan.
“AI tidak akan menggantikan peranan manusia, apatah lagi sebuah pasukan penyiaran lengkap seperti di RTM. AI hanyalah pemudah cara.
“Hakikatnya, seorang wartawan tidak akan digantikan oleh teknologi, tetapi mereka berisiko digantikan oleh wartawan yang mahir menguasai AI,” katanya selepas program Bicara Naratif di Angkasapuri Kota Media.
Menurut Fahmi, masa depan industri media bergantung kepada keupayaan organisasi menguasai teknologi secara strategik tanpa membiarkannya menguasai keseluruhan ekosistem penyiaran.
“Media yang mampan adalah media yang bersedia memanfaatkan teknologi baharu ini secara strategik,” ujarnya.
Seiring perkembangan digital global, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini giat memperkukuh kehadiran dalam talian melalui platform RTM Klik bagi mendekati penonton di luar medium tradisional seperti televisyen dan radio.
Langkah itu turut disokong dengan penghasilan kandungan digital yang lebih ringkas dan bersesuaian dengan trend semasa, termasuk mikro drama dan penyampaian berita santai di platform seperti TikTok dan Instagram.
“Kehadiran RTM Klik membuka peluang untuk mendampingi rakyat tanpa mengira waktu. Akses maklumat kini berada terus di dalam telefon pintar,” katanya.
Beliau menambah, trendglobal seperti di China menunjukkan peralihan kepada format mikro drama berdurasi pendek serta kandungan mesra media sosial bagi memenuhi citarasa penonton masa kini.
Transformasi ini, jelas Fahmi, bukan sekadar mengikut arus, tetapi satu keperluan bagi memastikan RTM kekal relevan khususnya dalam kalangan generasi muda seperti Gen Z dan Gen Alpha.
Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa penonton setia sedia ada tidak akan dipinggirkan, sebaliknya pendekatan inklusif merentas generasi akan terus diberi keutamaan.
Usaha ini penting bagi memastikan RTM kekal sebagai sumber maklumat yang dipercayai dalam era digital yang pantas berubah.
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum