Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) sedang memantau dengan teliti perkembangan terkini berikutan laporan penahanan sembilan sukarelawan Malaysia oleh pihak berkuasa Israel.
Kesemua sukarelawan itu adalah ahli Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang sedang mengikuti misi kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengesahkan bahawa Wisma Putra bersedia untuk mengambil langkah diplomatik yang sewajarnya bagi menangani situasi tersebu dan kerajaan memberi komitmen untuk menggunakan semua saluran perhubungan yang ada.
“Insya-Allah, pihak Wisma Putra mengikuti isu ini dan bersedia mengambil tindakan yang perlu termasuk melalui diplomasi peringkat tertinggi dan hubungan kita dengan beberapa negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel,” jelas Fahmi.
Menurut kenyataan MyCARE, sembilan sukarelawan negara itu berada di atas dua kapal, iaitu Conscience dan Umm Saad, yang merupakan sebahagian daripada misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens To Gaza (TMTG).
Kapal-kapal tersebut dilaporkan dipintas oleh tentera Israel pada kira-kira jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Kumpulan sukarelawan itu termasuklah Prof Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali, beberapa orang doktor dan ahli akademik, serta seorang wartawan.
Misi mereka bertujuan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dan membuat liputan langsung mengenai situasi di Gaza yang sedang dikepung.
Fahmi menambah menjangkakan untuk menerima laporan yang lebih terperinci mengenai nasib kesemua sukarelawan tidak lama lagi.
Usaha bantuan dan konsular sedang dijalankan untuk memastikan keselamatan dan kebebasan mereka.
MCMC siasat hantaran 3R hina Tuanku Muhriz
Isu eFishery: KWAP masih kukuh, Tengku Zafrul sifatkan dakwaan bankrap sebagai ‘auta’
NADI sasar jadi pusat lahirkan pakar AI luar bandar: MCMC
Kementerian kurangkan latihan di hotel ambil langkah berhemah berbelanja: Fahmi
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang