Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang

August 10, 2026 · Politik

Selepas beberapa hari menjadi tanda tanya, Wong Chen hari ini mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa jam 5 petang.

Wong Chen menerusi hantaran di Facebook memaklumkan keputusan itu dibuat secara sukarela, selepas beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 5 Ogos lalu.

Menurutnya, peletakan jawatan itu berkuat kuasa hari ini bagi memberikan tempoh kepada pegawai Parlimen membuat persiapan susulan kekosongan kerusi berkenaan.

“Pada 5 Ogos, saya telah bertemu dengan Yang Dipertua Dewan dan menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai Ahli Parlimen, yang berkuat kuasa pada 10 Ogos, jam 5 petang.

“Ini adalah bagi memberikan tempoh tiga hari bekerja kepada pegawai-pegawai Parlimen untuk membuat persiapan berhubung kekosongan kerusi Parlimen Subang,” katanya.

Chen turut memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mencapai persetujuan secara ‘gentleman’s agreement’ untuk tidak mendedahkan butiran berhubung perkara itu sehingga tarikh peletakan jawatan berkuat kuasa.

Beliau turut berkata, gelaran kehormat “Yang Berhormat” akan digugurkan daripada semua papan iklan, papan tanda dan surat-menyurat berkaitan menjelang bulan depan.

Chen dijadual mengadakan sidang media pada jam 11 pagi Rabu ini bagi memberikan penjelasan lanjut berhubung keputusannya.

Sebelum ini, Johari mengesahkan Wong Chen ada menyuarakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang, selain menyatakan alasan atas keputusan itu.

Chen yang mewakili PKR sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat Subang.

Keputusannya berundur berlaku ketika kemelut dalaman PKR semakin mendapat perhatian selepas beberapa pemimpin parti meninggalkan jawatan dan parti.

Sebelum ini, Chen bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan turut menyuarakan rasa kecewa berhubung isu akses kepada sistem portal peruntukan khas MyKHAS.

Chen dan beberapa wakil rakyat berkenaan dilihat mempunyai hubungan politik dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Berita berkaitan
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
19 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
19 jam lalu· Politik
Khabar angin letak jawatan Menteri Besar, Ismail tampil beri penjelasan
19 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
MCA tak hadir di pelancaran jentera BN Masjid Tanah, krisis kerusi belum reda?
9 jam lalu · Politik
Mahkamah dengar cabaran pn terhadap penggantungan RoS 7 Disember
9 jam lalu · Politik
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
9 jam lalu · Politik
MCA semakin terpinggir dalam BN, dakwa pemimpin PKR
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok