10 projek MCMC disenarai pendek bagi WSIS Prizes 2026 anjuran ITU

May 7, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa rorang ramai menyokong inovasi teknologi tempatan dengan mengundi projek negara yang tersenarai dalam World Summit on the Information Society (WSIS) Prizes 2026, anugerah global anjuran International Telecommunication Union.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan penyertaan Malaysia selari dengan tema tahun ini yang menekankan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam mempercepat pembangunan mampan serta membina masa depan digital yang inklusif.

“MCMC menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengundi dan menyokong projek negara. Setiap undian adalah peluang untuk menonjolkan inovasi serta impak Malaysia di peringkat global,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 10 projek diterajui Malaysia dan disokong MCMC telah disenarai pendek merangkumi pelbagai bidang antaranya tadbir urus digital, keselamatan dalam talian, inovasi ICT, teknologi pertanian dan pemerkasaan komuniti.

Antara projek tersebut termasuk rangka kerja kemahiran 5G ASEAN, pelan pemulihan bencana komunikasi, portal semakan fakta Sebenarnya.my, kempen Internet Selamat, serta inisiatif berasaskan kecerdasan buatan bagi sektor pertanian dan pembangunan komuniti.

WSIS Prizes merupakan platform antarabangsa yang mengiktiraf projek ICT berimpak tinggi yang menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Malaysia sebelum ini konsisten menyertai program ini dan terus memainkan peranan penting dalam dialog global berkaitan inovasi digital, termasuk sebagai rakan strategik tahap platinum.

Menurut MCMC, pencalonan tahun ini mencerminkan pendekatan menyeluruh negara dalam memanfaatkan teknologi untuk pembangunan, termasuk memperkukuh daya tahan digital, memperbaiki tadbir urus serta memperkasakan masyarakat.

“Melalui usaha kolektif ini, Malaysia dapat memperkukuh kedudukan sebagai peneraju inovasi teknologi yang bertanggungjawab dan inklusif,” kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai boleh mengundi melalui platform rasmi WSIS bagi membantu menentukan pemenang akhir, sekali gus membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

Berita berkaitan
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
9 jam lalu· Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026· Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026· Isu semasa
Scam: Terpedaya tawaran kripto, warga emas lesap RM218,000
September 17, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
9 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
9 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
12 jam lalu · Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026 · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok