134,916 individu terlibat dalam kes dadah direkod pada Januari-Jun 2025

November 18, 2025 · Isu semasa

Statistik membimbangkan direkodkan apabila seramai 134,916 individu telah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2025, dengan majoriti kes didominasi oleh pengambilan dadah sintetik.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, memberitahu Parlimen daripada jumlah tersebut, sebanyak 97,329 orang atau 72.15 peratus merupakan pengguna dadah sintetik seperti syabu, ekstasi dan ketamin.

Beliau berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif komprehensif bagi menangani ancaman ini, khususnya dalam kalangan belia.

“Antara langkah kerajaan adalah melalui beberapa inisiatif di bawah program pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan. Ini termasuk mengadakan kempen kesedaran awam yang mensasarkan pelbagai segmen masyarakat, termasuk keluarga, institusi pendidikan, tempat kerja dan komuniti,” jelas Saifuddin Nasution dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Tambah beliau, kerajaan turut mempergiat aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu bersama pihak polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan agensi-agensi lain bagi memerangi penularan masalah ini.

Di sebalik usaha pencegahan, kerajaan juga memberi fokus terhadap aspek pemulihan.

Menurut Saifuddin, kerajaan telah membangunkan Pelan Komunikasi Antidadah yang menyasarkan semua peringkat umur.

Beliau turut menekanka Pindaan Akta Penagih Dadah dan Penyalahgunaan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa baru-baru ini bertujuan untuk meluaskan akses kepada rawatan.

“Pindaan ini juga menggalakkan individu, termasuk belia, tampil secara sukarela untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan,” ujarnya.

Inisiatif ini diharapkan dapat membendung gejala dadah sintetik yang semakin mengancam kesejahteraan masyarakat.

Berita berkaitan
Parlimen: NSRC selamatkan jutaan ringgit wang mangsa scam
October 22, 2026· Isu semasa
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
October 22, 2026· Isu semasa
PN akan rayu pembatalan pendaftaran kepada KDN: Takiyuddin
October 20, 2026· Politik
Polis: Dakwaan edar dadah dekat IPD Sentul kes lama pada 2016
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengendali aplikasi TuJu mohon maaf, navigasi dijangka pulih 6 November
October 23, 2026 · Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
4 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
4 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok