135 kes tangkapan LGBT direkod sejak 2022

January 27, 2026 · Isu semasa

Sebanyak 135 kes berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) direkodkan di seluruh negara dalam tempoh empat tahun dari 2022 hingga 2025, berdasarkan statistik tangkapan oleh Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Agama Islam Negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, penguatkuasaan terhadap kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kes sebegini adalah dalam bidang kuasa negeri selaras dengan Butiran 1, Senarai II Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau menjelaskan, sepanjang tempoh tersebut, semua negeri merekodkan jumlah keseluruhan 135 tangkapan melibatkan kesalahan berkaitan isu LGBT dalam kalangan orang Islam. K

Kenyataan itu dikemukakan sebagai jawapan lisan kepada soalan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) di Parlimen yang meminta penjelasan jumlah tangkapan serta tindakan yang diambil sejak 2022.

Menurut Dr Zulkifli, kerajaan memandang serius aspek penguatkuasaan jenayah syariah, bukan hanya tertumpu kepada kes LGBT, malah turut melibatkan kesalahan lain seperti musahaqah, liwat serta lelaki berlagak wanita.

“Penguatkuasaan tidak semata-mata bergantung kepada tangkapan. Individu yang disyaki terbabit tetapi tidak mempunyai bukti mencukupi juga akan diberikan perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau menambah, pendekatan yang diambil bukan sekadar tindakan undang-undang, sebaliknya turut merangkumi elemen pemulihan.

Ini termasuk pemberian nasihat, sesi kaunseling serta arahan menghadiri kursus kesedaran dan pemulihan bagi membimbing individu terlibat agar memahami ajaran Islam sebenar dan nilai akhlak.

“Kerajaan juga menyalurkan bantuan sokongan lain termasuk peluang latihan, pekerjaan dan keusahawanan supaya mereka dapat membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Pendekatan menyeluruh ini, menurut beliau, bertujuan memastikan penguatkuasaan syariah dilaksanakan secara berhemah, mendidik dan berfokus kepada pemulihan, selari dengan usaha membina masyarakat yang harmoni.

Berita berkaitan
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
7 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
7 jam lalu· Isu semasa
Seorang individu akan didakwa 158 pertuduhan esok: SPRM
June 15, 2026· Isu semasa
Anwar seru rakyat tolak politik perkauman
June 15, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
June 16, 2026 · Isu semasa
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
June 16, 2026 · Isu semasa
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
7 jam lalu · Isu semasa
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka kukuh selepas isyarat positif perjanjian damai AS-Iran
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok