1,456 kandungan jelik terhadap kanak-kanak di media sosial diturunkan: Fahmi

November 3, 2025 · Isu semasa

Sebanyak 1,456 kandungan jelik dan melampau yang membabitkan kanak-kanak telah berjaya diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial, menurut Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi memaklumkan tindakan tegas itu dilaksanakan dari 1 Januari 2022 sehingga 15 Oktober 2025, hasil daripada permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Tegasnya lagi, MCMC sentiasa komited dalam memastikan kandungan berunsur mudarat dapat dikawal bagi melindungi golongan rentan, terutamanya remaja dan kanak-kanak.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 96 peratus bersamaan 1,456 kandungan sudah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan garis panduan komuniti mereka dan aplikasi undang-undang tempatan yang relevan,” jelas beliau semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar di Dewan Rakyat.

Selain itu, bagi mewujudkan ekosistem internet yang lebih selamat, kerajaan telah melaksanakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan media sosial bermula 1 Januari 2025.

“Di bawah kerangka pelesenan ini, terdapat Kod Tatalaku yang antara lain menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan yang memudaratkan,” ujarnya.

Tambah Fahmi, kerajaan juga telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi memperkukuhkan lagi keselamatan pengguna di ruang siber.

“Akta ini bertujuan untuk mengawal selia kandungan memudaratkan serta menetapkan kewajipan bagi penyedia perkhidmatan aplikasi,” tegas beliau.

Langkah-langkah proaktif ini diharap dapat membendung ancaman kandungan jelik serta mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih bertanggungjawab dan selamat untuk semua.

Berita berkaitan
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
7 jam lalu· Politik
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu· Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
16 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan perkemas komunikasi, pastikan rakyat faham dasar: Fahmi
17 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
8 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
14 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Karnival Internet Selamat himpunkan lebih 500 penduduk Kalabakan
August 15, 2026 · Isu semasa
Lapan penerbangan dilencongkan selepas insiden helikopter di Subang
August 15, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
7 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok