3 Jun mahkamah dengar permohonan PMX tangguh bicara saman Yusoff

May 28, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi menangguhkan perbicaraan saman Muhammad Yusoff Rawther di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Jun ini sebagai tarikh permohonan itu akan didengar berhubung permohonan Anwar itu.

Permohonan penangguhan itu sementara menunggu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berhubung lapan persoalan Perlembagaan untuk menentukan jika Anwar, sebagai perdana menteri, berhak mendapat kekebalan daripada saman sivil yang difailkan oleh bekas pembantunya itu.

Peguam Yusoff, Muhammad Rafique Rashid Ali selepas pengurusan kes hari ini mengesahkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain menetapkan 3 Jun ini untuk mendengar permohonan tersebut.

“Memandangkan isu-isu yang dibangkitkan adalah isu terkait undang-undang, pihak-pihak diarahkan oleh mahkamah untuk membuat hujahan berkaitan permohonan tersebut dengan segera.

“Hakim telah menetapkan 3 Jun bagi pendengaran permohonan tersebut pada jam 2.30 petang. Hakim juga mengarahkan pihak-pihak menghujahkan kepada mahkamah peruntukan undang-undang yang manakah berkaitan kekebalan (immunity) yang ada pada seorang perdana menteri.

“Pihak kami akur kepada arahan mahkamah dan akan mempertahankan hak anak guam kami untuk meneruskan kes ini secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tuntutan sivil tersebut berkaitan insiden yang didakwa berlaku sebelum Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 November 2022.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
2 jam lalu · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
5 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
5 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
9 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok