PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil

October 24, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan 21 calon daripada tiga parti komponennya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, dengan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, mengetuai senarai calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Jumlah itu menyaksikan pengurangan tujuh calon berbanding 28 kerusi yang ditandingi PH pada PRN Melaka 2021.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, mengumumkan senarai calon itu dengan pembahagian kerusi menyaksikan PKR bertanding di sembilan kawasan, DAP di tujuh kawasan dan Amanah di lima kawasan.

Antara tumpuan utama ialah pemilihan Pengerusi Amanah Melaka, Ashraf Mukhlis Minghat, sebagai calon di DUN Durian Tunggal.

Ashraf yang juga Ketua Amanah Kawasan Alor Gajah diberi tanggungjawab untuk merampas semula kerusi berkenaan yang pernah dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 menerusi Mohd Sofi Wahab.

Bagaimanapun, Durian Tunggal kembali dikuasai Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka 2021.

Ashraf merupakan antara pemimpin utama Amanah di Melaka dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Adly sejak Januari 2023.

Beliau juga mempunyai pengalaman dalam politik negeri apabila pernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka sebelum menyertai Amanah.

Pemilihan Ashraf dilihat sebagai usaha PH memperkukuh kedudukan Amanah di Melaka, selain mencabar penguasaan BN di kawasan yang pernah menjadi kubu parti itu.

Dalam pada itu, Adly yang juga bekas Ketua Menteri Melaka akan terus menjadi sandaran utama PH untuk mempertahankan Bukit Katil.

Berikut senarai penuh calon PH:

PKR

N01 Kuala Linggi – Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah

N02 Tanjung Bidara – Mohd Yunazri Mustamiri

N06 Rembia – Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan

N07 Gadek – Jegas il an K

N09 Durian Tunggal – Ashraf Mukhlis Minghat

N13 Paya Rumput – Azman Abidin

N14 Klebang – Farzana Hayani Mohd Nasir

N18 Ayer Molek – Muhammad Hakimin Mokhtar

N23 Telok Mas – Mohamad Jaafar

DAP

N08 Machap Jaya – Ginie Lim Siew Lin

N15 Pengkalan Batu – Jason Tze-Xi Nathan

N16 Ayer Keroh – Kerk Chee n Yee

N19 Kesidang – Seah Shoo Chin

N20 Kota Laksamana – Low Chee Leong

N21 Duyong – Poo Long Suan

N22 Banda Hilir – Leng Chau Yen

Amanah

N17 Bukit Katil – Adly Zahari

N25 Rim – Esma Eazreen Husin

N26 Serkam – Muhammad Faiq Azman

N27 Merlimau – Rahayu Hamzah

N10 Asahan – Denesh a/l Palasubramaniam

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026· Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
October 24, 2026· Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
October 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
6 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
6 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
11 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
11 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok