Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar

October 24, 2026 · Politik

Anwar Ibrahim menggesa rakyat Melaka menolak politik kebencian berasaskan kaum dan agama, sebaliknya memperkukuh perpaduan sebagai asas kestabilan serta kemajuan negara.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan perjuangan kemerdekaan negara membuktikan kejayaan besar mampu dicapai menerusi kerjasama pelbagai kaum, bukannya perjuangan satu kelompok semata-mata.

“Jika nenek moyang kita berjaya membina Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah empayar yang besar, kita juga mampu melakukannya melalui keamanan, perpaduan semua pihak dan strategi pembangunan yang baik,” katanya semasa majlis pengumuman calon dan pelancaran jentera pilihan raya PH Melaka bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di pekarangan Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Anwar berkata, pilihan raya sepatutnya menjadi medan untuk menjelaskan pencapaian, dasar dan perancangan kerajaan, bukannya ruang mencaci atau menyemarakkan permusuhan politik.

Menurutnya, kerajaan perlu dinilai berdasarkan usaha menangani isu yang dekat dengan kehidupan rakyat, termasuk kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas.

Beliau turut menegaskan usaha memperkukuh perpaduan tidak bermaksud kepentingan orang Melayu dan Bumiputera diketepikan, sebaliknya pembangunan negara perlu dilaksanakan dengan kerjasama semua kaum.

“Melaka perlu terus dibangunkan melalui penglibatan masyarakat Melayu, Cina dan India bagi memastikan negeri ini kekal maju serta menyediakan masa depan lebih baik kepada generasi muda,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan perpecahan kaum boleh menjejaskan usaha negara menguasai teknologi baharu, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital, selain menghambat penciptaan peluang pekerjaan serta peningkatan pendapatan rakyat.

Beliau berkata, kerajaan juga komited memperbaiki kelemahan pentadbiran dan memastikan amanah rakyat dilaksanakan dengan bertanggungjawab.

Anwar turut menyeru pengundi menilai calon berdasarkan usaha serta komitmen mereka terhadap pembangunan negeri, manakala calon PH yang diumumkan perlu memikul amanah dan bekerja untuk rakyat.

Pada majlis itu, Anwar mengumumkan 21 calon PH yang akan bertanding pada PRN Melaka, 14 November ini.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
October 24, 2026· Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
1 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
2 jam lalu· Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
7 jam lalu · Politik
Saifuddin bidas pembangkang sesama sendiri pun berpecah
7 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
11 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
11 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
October 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok