Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Inovasi Media di Kementerian Komunikasi.
Sebanyak 34 organisasi media tempatan menerima Dana Inovasi Media Fasa 1 berjumlah RM12.38 juta bagi menyokong usaha transformasi serta kelangsungan industri media negara dalam menghadapi perubahan pesat dunia digital.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Abdul Halim Hamzah, berkata dana itu diperkenalkan bagi membantu organisasi media menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, termasuk perubahan teknologi dan corak penggunaan maklumat oleh masyarakat.
“Industri media ketika ini sedang melalui fasa perubahan signifikan susulan perkembangan teknologi digital, perubahan cara masyarakat mendapatkan maklumat serta cabaran terhadap model perniagaan tradisional,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Inovasi Media di Kementerian Komunikasi hari ini.
Beliau berkata dana tersebut diwujudkan untuk membantu organisasi media meneroka pendekatan baharu, memanfaatkan teknologi dan memperkukuh keupayaan mereka supaya kekal relevan dalam landskap media yang semakin kompetitif.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Nik Kamaruzaman Nik Husin serta Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Mano Verabathran.
Dana Inovasi Media merupakan antara inisiatif kerajaan bagi memastikan industri media tempatan terus berkembang dalam era digital yang mencabar. Program itu dibuka untuk permohonan dari 1 hingga 14 Januari lalu dan menerima sebanyak 50 permohonan daripada organisasi media di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, sebanyak 34 organisasi dipilih sebagai penerima selepas melalui proses penilaian berdasarkan cadangan projek yang dikemukakan.
Kementerian Komunikasi berharap dana tersebut dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dalam industri media serta memastikan ekosistem media tempatan terus kekal mampan dalam persekitaran yang semakin dinamik.
RTM ambil langkah sekat akses VPN ke RTMKLIK
Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
Pelatih silat mengaku tidak bersalah hina institusi Agong
Bekas pegawai NGO berdepan kes rasuah RM98 juta, 2 jam baca 158 pertuduhan
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar