41 kes jenayah ahli politik tidak diteruskan pendakwaan: Azalina

September 4, 2025 · Isu semasa

Seramai 41 daripada 60 kertas siasatan jenayah membabitkan ahli politik dari tahun 2020 hingga Julai lalu telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said memberitahu Dewan Negara dalam jawapan bertulis keputusan untuk tidak meneruskan sesuatu kes jenayah tidak bermakna ia ditutup selama-lamanya.

Siasatan lanjut masih boleh dijalankan pada masa hadapan sekiranya wujud perkembangan atau bukti baharu.

“Berdasarkan maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC), sepanjang 2020 hingga Julai lalu, 60 kertas siasatan dibuka terhadap ahli politik dengan 41 daripadanya diklasifikasikan sebagai NFA.

“Bagaimanapun, kes jenayah tidak seperti kes sivil, ia tidak tertakluk kepada had tempoh masa. Jadi, jika terdapat perkembangan baharu pada masa depan, siasatan dan semakan lanjut terhadap kes ini masih boleh dijalankan,” katanya dalam jawapan itu.

Azalina berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan Senator Hussin Ismail yang ingin mengetahui peratusan kes jenayah ahli politik yang diklasifikasikan sebagai NFA.

Tambahnya, AGC sentiasa memastikan setiap keputusan dibuat secara telus dan bebas.

Semua keterangan dalam kertas siasatan dari polis diteliti secara menyeluruh tanpa mengambil kira latar belakang atau status individu yang disiasat.

Penilaian setiap kes dibuat berasaskan fakta, bukti, dan undang-undang yang berkuat kuasa dengan berpegang pada prinsip integriti, ketelusan, serta kebebasan dalam proses pendakwaan.

Berita berkaitan
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu· Politik
SPRM buka semula tujuh kes FELDA, ada maklumat baharu
September 2, 2026· Isu semasa
SPRM dakwa beberapa individu dalam kes TH, termasuk orang kenamaan esok
September 2, 2026· Isu semasa
Rayuan Rosmah terhadap kes solar bermula minggu ini
August 31, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
1 jam lalu · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
1 jam lalu · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
2 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok