Fahmi menghadap Sultan Selangor sembah isu akaun palsu kerabat diraja

May 8, 2026 · Isu semasa

Menteri Komunikas Fahmi Fadzil menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mempersembahkan laporan terkini berhubung penularan akaun palsu media sosial yang menggunakan nama kerabat diraja di negara ini.

Dalam pertemuan hari ini bersama Sultan Selangor hari ini, Fahmi memaklumkan kepada Baginda sebanyak 15,296 akaun palsu melibatkan 26 kerabat diraja dikenal pasti hasil pemantauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta aduan orang ramai sepanjang Januari hingga April tahun ini.

Menurut beliau, akaun palsu berkenaan termasuk yang menggunakan identiti Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin.

“Susulan pemantauan dan aduan yang diterima, tindakan permohonan penurunan telah dilaksanakan dan sehingga kini sebanyak 14,750 akaun berjaya diturunkan oleh penyedia platform media sosial,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook.

Beliau turut mempersembahkan perkembangan pelaksanaan sistem pengesahan identiti elektronik atau Electronic Know Your Customer (e-KYC) yang dilihat mampu memperkukuh keselamatan pengguna, khususnya melibatkan perlindungan kanak-kanak dan institusi keluarga dalam persekitaran digital.

Isu penyalahgunaan media sosial serta kandungan menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja atau 3R turut menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam sesi menghadap itu.

Fahmi berkata Sultan Selangor turut menitahkan pandangan serta nasihat berhubung cabaran semasa di platform dalam talian yang semakin membimbangkan.

“Patik menjunjung kasih atas pandangan, titah dan nasihat Tuanku berkaitan pelbagai isu semasa termasuk penyalahgunaan platform dalam talian dan isu 3R,” katanya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kes penyamaran identiti tokoh kenamaan dan kerabat diraja di media sosial semakin meningkat, termasuk digunakan untuk tujuan penipuan, penyebaran maklumat palsu serta kandungan berunsur fitnah.

Keadaan itu mendorong pihak berkuasa memperketat pemantauan dan kerjasama dengan platform media sosial bagi membendung penyalahgunaan berkenaan.

Berita berkaitan
Bekas ADUN DAP cadang penternak babi Selangor cabar larangan di mahkamah
5 jam lalu· Politik
10 projek MCMC disenarai pendek bagi WSIS Prizes 2026 anjuran ITU
May 7, 2026· Isu semasa
Forum HAWANA kukuhkan masa depan media: Nie Ching
May 7, 2026· Isu semasa
RTM dan Unifi TV dipilih penyiar rasmi Piala Dunia 2026: Fahmi
May 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jalan Bukit Bintang ditutup malam ini untuk program Quranic Madani
2 jam lalu · Isu semasa
ASEAN perlu bersedia hadapi krisis makanan: Anwar
4 jam lalu · Isu semasa
Pemandu mabuk didakwa di Mahkamah Ayer Keroh, ibu muda maut dirempuh
5 jam lalu · Isu semasa
Kes 61 tikaman Kelantan: Reman dua remaja dilanjutkan
5 jam lalu · Isu semasa
Ekonomi negara kekal kukuh meskipun konflik Asia Barat memuncak: Gabenor
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok