Peruntukan MITRA naik RM150 juta, Anwar mahu bantuan lebih berkesan

May 10, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengumumkan peningkatan peruntukan bagi Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) kepada RM150 juta bermula tahun ini berbanding RM100 juta sebelum ini, dalam usaha memperkukuh program pembangunan masyarakat India di negara ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat prestasi semasa MITRA yang disifatkan semakin baik serta keperluan memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan memerlukan.

“Kita harus perbaiki program supaya ia benar-benar sampai kepada kelompok yang memerlukan. Jika tanya saya, apakah RM100 juta cukup? Tidak. Sebab itu saya setuju mulai tahun ini, peruntukan ditambah menjadi RM150 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India di Universiti Malaya hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA, R Ramanan.

Dalam ucapannya, Anwar turut menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan tidak memberi perhatian serius kepada masyarakat India.

Beliau menegaskan pelbagai bantuan lain turut dinikmati komuniti itu menerusi program kerajaan seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN dan SME Bank.

“Ada ahli politik yang kata bantuan kepada masyarakat India hanya RM100 juta setahun. Itu tidak benar. Kalau mahu cadang tambah peruntukan, saya boleh terima, tetapi jangan kata kerajaan tidak membantu langsung,” katanya.

MITRA sebelum ini dikenali sebagai Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India dan diwujudkan bagi menyelaras program pembangunan sosioekonomi komuniti India, termasuk dalam bidang pendidikan, keusahawanan, latihan kemahiran dan kebajikan.

Sementara itu, Ramanan berkata kenaikan terbaru itu merupakan yang pertama sejak lebih dua dekad penubuhan MITRA.

“Lebih 20 tahun peruntukan kekal RM100 juta. Jadi ini satu langkah besar yang menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan masyarakat India,” katanya.

Beliau berkata masyarakat India juga menerima manfaat menerusi pelbagai skim bantuan lain di bawah kementerian dan agensi kerajaan, selain peruntukan khusus MITRA.

Berita berkaitan
PMX bantah langkah Norway batal kontrak peluru berpandu LCS
11 jam lalu· Isu semasa
MyKad baharu tidak ganggu bantuan kerajaan
12 jam lalu· Isu semasa
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
May 13, 2026· Politik
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
May 13, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi malaysia dijangka terus kukuh tahun depan: Bank Dunia
5 jam lalu · Isu semasa
Harga minyak dunia naik menjelang pertemuan Trump-Jinping
14 jam lalu · Isu semasa
Krisis global boleh ganggu bekalan barang: Mydin
14 jam lalu · Isu semasa
Wanita di Miri rugi hampir RM289,000 ditipu pelaburan saham palsu
May 13, 2026 · Isu semasa
RTM, Unifi TV siar semua aksi Piala Dunia 2026
May 13, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok