Keputusan kerajaan perlu jaga sensitiviti semua kaum: PMX

May 10, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menegaskan setiap keputusan yang dibuat kerajaan perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum, khususnya berkaitan agama, budaya dan fahaman masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Menurut Perdana, tindakan yang berasaskan sentimen perkauman semata-mata boleh menggugat keharmonian dan asas negara yang dibina sejak sekian lama.

“Jika keputusan dibuat hanya berdasarkan sentimen kaum, ia akan merosakkan asas masyarakat negara ini.

“Orang Melayu sebagai majoriti perlu faham setiap rakyat mempunyai hak masing-masing, manakala kaum lain juga perlu menghormati batas serta sensitiviti masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama mahasiswa India di Universiti Malaya, hari ini.

Anwar turut mengakui sering menjadi sasaran kritikan kerana didakwa tidak cukup tegas dalam beberapa isu sensitif melibatkan kaum dan agama, termasuk kontroversi berkaitan kuil serta penternakan babi sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pendekatan kerajaan adalah berlandaskan peraturan dan undang-undang, selain mengekalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat majmuk.

“Tegas macam mana sekali pun, kita mesti santuni budaya, agama dan fahaman orang lain. Pada masa sama, semua pihak perlu patuh kepada peraturan,” katanya.

Beliau berkata, kenyataannya juga kadangkala disalah tafsir sehingga menimbulkan persepsi negatif, walaupun niat asal adalah untuk memastikan keharmonian kaum terus terpelihara.

Isu berkaitan sensitiviti agama dan kaum kembali menjadi perhatian sejak kebelakangan ini susulan beberapa kontroversi melibatkan rumah ibadat dan hak komuniti tertentu.

Kerajaan sebelum ini turut menegaskan pendirian untuk mempertahankan perpaduan nasional serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Dalam ucapannya, Anwar berkata cabaran terbesar kerajaan ketika ini adalah mencari keseimbangan antara mempertahankan hak setiap rakyat dan memastikan keamanan negara terus terjamin.

Berita berkaitan
PMX bantah langkah Norway batal kontrak peluru berpandu LCS
11 jam lalu· Isu semasa
Rafizi, Nik Nazmi umum langkah politik baharu Ahad ini, tinggalkan PKR?
May 13, 2026· Politik
Isu hina sahabat Nabi, Menteri Agama nasihat ahli politik berhati-hati dalam ceramah
May 13, 2026· Politik
Permohonan pengampunan Jho Low di Amerika akan diteliti kerajaan
May 13, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ekonomi malaysia dijangka terus kukuh tahun depan: Bank Dunia
5 jam lalu · Isu semasa
MyKad baharu tidak ganggu bantuan kerajaan
12 jam lalu · Isu semasa
Harga minyak dunia naik menjelang pertemuan Trump-Jinping
14 jam lalu · Isu semasa
Krisis global boleh ganggu bekalan barang: Mydin
14 jam lalu · Isu semasa
Wanita di Miri rugi hampir RM289,000 ditipu pelaburan saham palsu
May 13, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok