Kes 61 tikaman di Kelantan: Seorang remaja akan didakwa esok

May 11, 2026 · Isu semasa

Seorang remaja lelaki akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan membunuh seorang penuntut kolej wanita yang ditemui mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Padang Simah, Ketereh, awal bulan ini.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat mengesahkan suspek akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Seorang suspek akan didakwa di mahkamah esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dipetik laporan media.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi suspek yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes berprofil tinggi itu menggemparkan orang ramai selepas mayat mangsa berusia 19 tahun ditemui pada 1 Mei lalu dalam keadaan menyayat hati dengan puluhan kesan tikaman pada seluruh badan.

Menurut polis, mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemui. Identitinya bagaimanapun berjaya dikenal pasti menerusi semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis menahan reman empat individu termasuk dua warga emas yang merupakan ibu bapa kepada salah seorang suspek.

Bagaimanapun, pasangan warga emas terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan lanjut dijalankan.

Kes berkenaan mencetuskan perhatian ramai di media sosial berikutan kekejaman pembunuhan yang disifatkan luar biasa selain melibatkan mangsa yang masih muda dan sedang melanjutkan pengajian di kolej.

Berita berkaitan
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu· Isu semasa
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
16 jam lalu· Politik
Kerajaan lulus RM250 juta siapkan KB Sentral, tambah bantuan pendidikan Islam Kelantan
October 31, 2026· Isu semasa
MCMC menang tuntutan RM15.32 juta terhadap MajuBina
October 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor gering, istiadat 1 November ditunda
October 31, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok