MCMC dan Kerajaan Selangor lancar kempen perangi vandalisme kabel telekomunikasi

May 19, 2026 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Kerajaan Negeri Selangor melancarkan kempen khas bagi membanteras vandalisme dan kecurian infrastruktur telekomunikasi susulan peningkatan kes yang semakin serius di negeri itu.

Kempen Pencegahan Vandalisme Infrastruktur Telekomunikasi 2026 dilancarkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, sebagai usaha memperkukuh perlindungan terhadap rangkaian komunikasi yang menjadi tulang belakang pembangunan digital negeri.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes vandalisme telekomunikasi tertinggi di negara ini dengan 1,836 kes pada 2024 dan 1,273 kes pada 2025.

Wilayah Tengah yang merangkumi Selangor dan Kuala Lumpur turut mencatat jumlah tertinggi di peringkat nasional tahun lalu.

Kegiatan seperti kecurian kabel, kerosakan pencawang dan pemotongan rangkaian komunikasi bukan sahaja menyebabkan kerugian besar kepada industri, malah menjejaskan capaian internet, operasi perniagaan, pembelajaran digital serta perkhidmatan kecemasan.

Kebimbangan itu turut memuncak selepas beberapa video tular di media sosial memaparkan kegiatan mencuri kabel dilakukan secara terbuka di kawasan awam termasuk pada waktu siang.

Amirudin berkata, keselamatan infrastruktur telekomunikasi amat penting dalam memastikan agenda digital Selangor dapat diteruskan secara stabil dan mampan.

“Semua pihak termasuk agensi kerajaan, pemain industri dan masyarakat perlu memainkan peranan bersama dalam melindungi infrastruktur komunikasi yang menjadi tunjang kehidupan moden dan pertumbuhan ekonomi digital negeri,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen itu hari ini.

Antara langkah utama diperkenalkan menerusi kempen berkenaan ialah penubuhan jawatankuasa khas melibatkan MCMC, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat telekomunikasi bagi memperkukuh tindakan pemantauan serta penguatkuasaan.

Selain itu, program literasi dan kesedaran awam akan dilaksanakan bagi mendidik masyarakat mengenai kesan vandalisme terhadap keselamatan dan ekonomi negara.

Program kesedaran turut akan dipergiat di kawasan hotspot seperti Rawang, Gombak dan Bangi sepanjang tahun ini dengan kerjasama komuniti setempat serta syarikat telekomunikasi.

MCMC dalam kenyataannya berkata, usaha melindungi infrastruktur telekomunikasi bukan hanya tanggungjawab kerajaan atau industri semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan seluruh masyarakat.

Orang ramai juga digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan membabitkan aset telekomunikasi.

Berita berkaitan
Jangan mainkan isu Raja dan agama demi kepentingan politik: Amirudin
10 jam lalu· Politik
MCMC ambil tindakan terhadap TikTok, gagal tangani akaun palsu Institusi Diraja
10 jam lalu· Isu semasa
Jangan buat pembelian panik, bekalan asas negara masih stabil: Fahmi
10 jam lalu· Isu semasa
Tiada unsur jenayah dalam insiden pegawai JSJ maut jatuh apartmen: Polis Selangor
11 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia cipta rekod RM1 trilion dagangan untuk empat bulan pertama
11 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor bertitah perpaduan Melayu bukan ancaman terhadap kaum lain
11 jam lalu · Isu semasa
MCMC bersama CSO dalam libat urus bincang langkah keselamatan digital kanak-kanak
May 20, 2026 · Isu semasa
Kabinet dimaklum komitmen GPS dan GRS kekal bersama Kerajaan Perpaduan: Fahmi
May 20, 2026 · Isu semasa
50 kapal GSF dipintas tentera regim, 29 rakyat Malaysia ditahan
May 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok