RUU had tempoh jawatan PM dibentang semula Jun Ini: Azalina

May 19, 2026 · Isu semasa

Kerajaan dijangka membentangkan semula Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat Jun ini, selepas gagal diluluskan pada Mac lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berharap Ahli Parlimen pembangkang dapat menilai kepentingan pindaan itu demi kebaikan negara dan rakyat.

Menurutnya, cadangan mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri bukan bertujuan menambah kuasa kerajaan, sebaliknya untuk mewujudkan semak dan imbang dalam sistem pentadbiran negara.

“Kami daripada blok kerajaan memang melihat ini sebagai sesuatu yang baik untuk negara dan rakyat. Saya harap pembangkang juga dapat melihat bahawa ini bukan untuk melebihkan kuasa, tetapi untuk mengehadkan kuasa,” katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Jasamu Dikenang 2026 Kluster Undang-undang dan Reformasi Institusi di Putrajaya hari ini.

Beliau turut menjelaskan kerajaan tidak melakukan sebarang pindaan baharu terhadap RUU itu dan ia hanya akan dibentangkan semula untuk mendapatkan undian Ahli Parlimen seperti diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri beberapa bulan lalu.

Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri sebelum ini pernah menjadi sebahagian manifesto beberapa parti politik termasuk parti dalam kerajaan MADANI ketika pilihan raya umum lalu.

Langkah itu dilihat sebagai antara agenda reformasi institusi bagi mengelakkan pemusatan kuasa terlalu lama dalam pentadbiran negara.

Pada Mac lalu, RUU tersebut gagal memperoleh sokongan mencukupi di Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata kegagalan itu bukan berpunca daripada blok pembangkang, sebaliknya disebabkan ketidakhadiran Ahli Parlimen kerajaan ketika sesi undian.

Menurut beliau, pembangkang tidak menolak cadangan itu, namun memilih untuk berkecuali selepas beberapa syarat yang dikemukakan mereka tidak diambil kira.

Dalam perkembangan lain, Azalina memaklumkan kerajaan turut akan membentangkan RUU berkaitan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Beliau juga berkata Mahkamah Tribunal Anti-Buli termasuk sistem mahkamah dalam talian akan dirasmikan pada 16 Jun depan, manakala presidennya, Nurul Husna Awang, sudah memulakan tugas sejak semalam.

Berita berkaitan
Enam Ahli Parlimen Bersatu tandatangan CSA, terima peruntukan setara
2 jam lalu· Politik
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
3 jam lalu· Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
3 jam lalu· Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
October 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
6 jam lalu · Isu semasa
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
20 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok