Tiada unsur jenayah dalam insiden pegawai JSJ maut jatuh apartmen: Polis Selangor

May 21, 2026 · Isu semasa

Polis Selangor mengesahkan kematian seorang pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah apartmen di Vista Alam, Seksyen 14 di sini pada Rabu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku akibat kemalangan dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

“Berkaitan insiden semalam, setakat ini kita percaya ia adalah kemalangan dan tidak mempunyai unsur jenayah,” katanya pada sidang media di IPK Selangor hari ini.

Menurut beliau, proses bedah siasat telah selesai dijalankan dan jenazah pegawai berkenaan selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kuantan, Pahang malam tadi.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu, terutama di media sosial sehingga boleh menjejaskan reputasi arwah serta keluarga.

“Sekiranya spekulasi yang dibuat tidak benar dan mempunyai unsur fitnah, laporan polis boleh dibuat dan siasatan akan dijalankan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pegawai kanan polis lelaki dari JSJ IPK Selangor ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah apartmen di Vista Alam pada pagi Rabu.

Kejadian itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen memandangkan pegawai terbabit merupakan antara anggota kanan yang berkhidmat di bahagian siasatan jenayah kontinjen Selangor.

Namun polis menegaskan siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan semua aspek berkaitan insiden tersebut.

Vista Alam yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam merupakan kawasan kediaman dan komersial yang sering menjadi tumpuan kerana kedudukannya berhampiran pusat bandar serta institusi pengajian tinggi di ibu negeri itu.

Berita berkaitan
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
October 28, 2026· Isu semasa
Shuhaily didakwa esok berhubung kes di KLIA: Laporan
October 20, 2026· Isu semasa
Kes scam: Dakwa terbabit pengubahan wang haram, suri rumah rugi RM472,000
October 20, 2026· Isu semasa
AMK: PAS utamakan UMNO demi kuasa, ketepikan rakan sendiri
October 19, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
3 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok