Polis belum ambil keterangan Na’imah, dua anak masih di luar negara

May 26, 2026 · Isu semasa

Polis masih belum mengambil keterangan Na’imah Abdul Khalid dan dua anaknya berhubung siasatan dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta sabotaj terhadap kestabilan negara kerana ketiga-tiga mereka dipercayai berada di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar berkata semakan rekod imigresen mendapati balu kepada Allahyarham Daim Zainuddin itu bersama dua anaknya masih belum pulang ke Malaysia sejak siasatan dimulakan.

Menurut beliau, polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan telah ditaklimat dan diedarkan ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan dan nasihat selanjutnya. Kami masih menunggu maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.

Kumar berkata, setakat ini seramai 17 individu sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan berkaitan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Beliau turut memaklumkan polis sudah cuba menghubungi Na’imah sejak awal siasatan dijalankan, namun mendapati beliau berada di luar negara.

Kes itu mendapat perhatian selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pada 3 Mac lalu mendedahkan wujud usaha untuk menjatuhkan kerajaan menggunakan pengaruh media dan institusi antarabangsa.

Dakwaan itu dikatakan melibatkan beberapa individu tempatan yang cuba menggugat kestabilan pentadbiran negara.

Sebelum ini, media melaporkan polis sudah mengambil keterangan peguam Na’imah, Muhammad Nizamuddin Hamid, bagi membantu siasatan kes sama.

Beliau merupakan antara dua peguam yang dinamakan dalam laporan polis berkaitan dakwaan cubaan menggulingkan kerajaan.

Susulan isu itu, Na’imah bersama dua anaknya, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin, serta dua peguam keluarga dilaporkan memfailkan saman terhadap Anwar, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.

Menerusi saman tersebut, mereka memohon perisytiharan siasatan yang dimulakan terhadap mereka berdasarkan laporan polis bertarikh 26 Februari adalah tidak sah, menyalahi undang-undang dan tidak berasas.

Perkembangan itu menambah lagi perhatian terhadap hubungan tegang antara pihak berkuasa dan keluarga Daim, yang sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa siasatan berprofil tinggi melibatkan isu kewangan dan pentadbiran negara.

Berita berkaitan
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
August 26, 2026· Isu semasa
Lapan termasuk pempengaruh direman kes tutup lebuh raya untuk lumba haram
August 24, 2026· Isu semasa
Insiden bom Selatan Thailand, rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan
August 23, 2026· Isu semasa
Polis rakam keterangan Hadi, telefon pentadbir Facebook diambil: Laporan
August 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
1 jam lalu · Isu semasa
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
1 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
14 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
18 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok