Tak sangka DAP tawar jawatan GLC demi sokongan politik: Puad

June 1, 2026 · Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi mendakwa DAP menggunakan tawaran jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai alat tawar-menawar politik menjelang pilihan raya.

Dakwaan itu timbul susulan kontroversi melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim yang dikatakan menolak tawaran jawatan tertentu kerana tidak bersetuju untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram.

Menurut Puad, perkara tersebut bercanggah dengan pendirian DAP yang selama ini lantang mengkritik pelantikan politik dalam GLC.

“Tidak disangka DAP guna jawatan GLC untuk berjual beli politik. Ini terdedah apabila Marina Ibrahim menolak tawaran tersebut asalkan dia setuju bertanding di DUN Tiram,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu berkata, DAP sebelum ini sering mengkritik pelantikan politik dalam GLC dengan menyifatkannya sebagai tidak beretika dan tidak profesional.

“Tapi kali ini, tawaran dibuat sebelum pilihan raya lagi. Itu lebih serius berbanding pelantikan selepas pilihan raya sebagai pengiktirafan kepada wakil rakyat yang tidak dilantik sebagai Exco atau menteri,” katanya.

Kontroversi tersebut tercetus selepas timbul dakwaan mengenai usaha memujuk Marina bertanding di kerusi Tiram yang dianggap penting bagi strategi politik parti menjelang pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Marina dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Puad turut mengaitkan isu itu dengan kenyataan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang didakwa menawarkan jawatan tertentu kepada Marina.

Menurutnya, situasi itu menunjukkan DAP mempunyai pengaruh besar dalam menentukan pelantikan ke jawatan GLC di peringkat kerajaan.

“Janji Teo Nie Ching itu membuktikan DAP ada pengaruh besar terhadap PMX. Itu belum cakap pasal Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau dalam masa sama mencabar DAP supaya mendedahkan senarai wakil rakyat serta pemimpin parti yang memegang jawatan dalam GLC di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Justeru kita cabar DAP, dedahkan YB dan pemimpin DAP yang bukan YB tetapi pegang jawatan GLC pusat dan negeri,” katanya.

Isu pelantikan politik dalam GLC sebelum ini sering menjadi perhatian dalam landskap politik negara, terutama melibatkan dakwaan campur tangan parti politik dalam syarikat milik kerajaan.

DAP antara parti yang sebelum ini konsisten mengkritik amalan tersebut dan menuntut reformasi tadbir urus bagi memastikan pelantikan dibuat secara profesional serta bebas daripada pengaruh politik.

Berita berkaitan
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
4 jam lalu· Politik
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
6 jam lalu· Isu semasa
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
6 jam lalu· Politik
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
3 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
4 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
6 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
7 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
August 25, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok