Kerajaan Pulau Pinang tidak ikut bubar DUN buat PRN seperti Johor: Ketua Menteri

June 2, 2026 · Politik

Kerajaan Pulau Pinang berpandangan sukar untuk menyelaraskan Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan Pilihan Raya Umum (PRU) kerana jurang masa pentadbiran semasa masih terlalu panjang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal semata-mata untuk mengadakan pilihan raya serentak dianggap tidak adil kepada mandat rakyat yang diberikan kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, Pulau Pinang masih mempunyai baki tempoh pentadbiran kira-kira dua setengah tahun selepas PRN negeri itu diadakan pada Ogos 2023.

“Tidak adil untuk membubarkan DUN lebih awal semata-mata mahu menyelaraskan PRN dengan Parlimen. Kita perlu menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat,” katanya selepas merasmikan Pusat Ortopedik Sunway Medical Centre di Seberang Jaya, hari ini.

Kon Yeow menjelaskan, jadual pilihan raya negara ketika ini menjadi tidak sekata susulan keputusan beberapa negeri untuk tidak membubarkan DUN serentak semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 2022.

Katanya, perubahan itu menyebabkan kalendar politik negara kini berbeza antara negeri dan kerajaan Persekutuan, sekali gus menyukarkan usaha menyelaraskan pilihan raya pada masa akan datang.

Bagaimanapun, beliau berkata Pulau Pinang akan mempertimbangkan sebarang keputusan bersama sekiranya negeri-negeri lain yang turut mengadakan PRN berasingan bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing lebih awal.

“Apa pun, kita tunggu keputusan parti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ketetapan,” katanya.

Pada PRU-15 lalu, enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak mengadakan PRN serentak dengan pilihan raya Parlimen.

Kesemua negeri terbabit kemudian mengadakan PRN pada 12 Ogos 2023.

Sementara itu, mengulas kemungkinan bantuan jentera politik ke Johor sekiranya berlaku pilihan raya negeri, Kon Yeow berkata Pulau Pinang bersedia menggerakkan petugas jika diperlukan.

“Kita akan bantu dalam apa juga cara yang boleh. Pada masa sama, kita juga sedang melihat kemungkinan ada negeri lain yang mungkin mengadakan pilihan raya mengejut,” katanya.

Berita berkaitan
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
August 26, 2026· Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
August 26, 2026· Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
August 26, 2026· Politik
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
August 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
4 jam lalu · Politik
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
10 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
10 jam lalu · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
14 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
August 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok