MCA Johor nafikan senarai calon PRN tular

June 4, 2026 · Politik

MCA Johor menafikan penglibatannya dalam penyebaran satu surat yang mengandungi senarai nama calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang tular di media sosial hari ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Johor, Ling Tian Soon berkata dokumen berkenaan adalah palsu dan dipercayai dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan kekeliruan menjelang pilihan raya.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai senarai tersebut. MCA tidak pernah mengeluarkan surat itu dan ia dipercayai merupakan ciptaan pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Johor 2026 di Iskandar Puteri hari ini.

Menurut beliau, penyebaran dokumen tidak sah seperti itu bukan perkara luar biasa ketika suasana politik semakin hangat menjelang pilihan raya.

“Biasalah, apabila tiba musim pilihan raya pelbagai spekulasi dan dokumen palsu akan ditularkan,” katanya.

Mengulas persiapan parti menghadapi PRN Johor, Ling berkata MCA Johor telah mengenal pasti calon-calon yang berpotensi lebih awal dan senarai cadangan berkenaan telah diserahkan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk proses penilaian serta pertimbangan lanjut.

Beliau menjelaskan cadangan tersebut melibatkan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi MCA pada pilihan raya lalu.

Terdahulu, media sosial dibanjiri dengan satu senarai yang didakwa memaparkan calon MCA yang bakal bertanding pada PRN Johor akan datang.

Antara nama yang disebut dalam senarai itu ialah Presiden MCA, Wee Ka Siong, yang didakwa akan bertanding di DUN Skudai.

Bagaimanapun, MCA Johor menegaskan sebarang keputusan berhubung calon pilihan raya hanya akan diumumkan menerusi saluran rasmi parti dan BN selepas melalui proses saringan yang ditetapkan.

Berita berkaitan
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
5 jam lalu· Politik
Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi
5 jam lalu· Politik
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
7 jam lalu· Politik
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
9 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
2 jam lalu · Politik
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
2 jam lalu · Politik
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
5 jam lalu · Politik
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
7 jam lalu · Politik
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
14 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok