Syam Ghaz dilantik sebagai bos baharu JKOM, ganti Ismail Yusop

June 8, 2026 · Politik

Aktivis politik Mohd Hisyamuddin Ghazali, yang lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, dilantik sebagai Ketua Pengarah baharu Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), menggantikan Ismail Yusop yang menamatkan perkhidmatannya minggu lalu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran Facebook Perpaduan Madani Kedah yang turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Syam untuk menerajui agensi komunikasi di bawah Kementerian Komunikasi itu.

Pelantikan Syam turut disahkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.

Menurut Fahmi, Ismail kini diberikan tanggungjawab baharu di Pejabat Perdana Menteri (PMO) selepas lebih setahun mengetuai JKOM.

“Saya cuma nak ambil kesempatan ini untuk pertama sekali mengucapkan terima kasih kepada Ismail yang dipanggil untuk tugas baharu oleh Pejabat Perdana Menteri.

“Dan selamat datang kepada saudara Syam Ghaz yang dipilih untuk menerajui unit komunikasi (JKOM),” katanya.

Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM pada Januari tahun lalu bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan selepas perkhidmatan Mohd Khairuddin Othman ditamatkan pada September 2023.

Sebelum itu, Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik mengetuai JKOM bermula 1 Mac 2023 bagi menggantikan Mohammad Agus Yusof yang meninggalkan jawatan tersebut.

Pelantikan Syam dilihat sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh peranan JKOM dalam menyampaikan dasar serta agenda Kerajaan MADANI kepada rakyat, selain mempertingkatkan komunikasi antara kerajaan dan masyarakat.

Berita berkaitan
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
9 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
22 jam lalu· Politik
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
August 26, 2026· Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
August 25, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
5 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
5 jam lalu · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
9 jam lalu · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
August 26, 2026 · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
August 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok