UMNO jangan ulang formula lama kerjasama dengan PAS: Mahfuz

June 9, 2026 · Politik

UMNO perlu menjelaskan kepada rakyat sekiranya parti itu bercadang menjalin semula kerjasama politik dengan PAS susulan keputusan parti Islam itu menamatkan hubungan politik dengan Bersatu, Mahfuz Omar.

Naib Presiden Amanah itu berkata, tindakan PAS memutuskan kerjasama dengan Bersatu memberi gambaran bahawa parti berkenaan sedang membuka laluan kepada bentuk kerjasama politik baharu yang mengingatkan kepada model Muafakat Nasional sebelum ini.

Menurutnya, jika UMNO bersedia menerima semula PAS sebagai rakan politik, parti itu perlu menjelaskan sama ada ia sanggup berkompromi dengan pendekatan politik yang selama ini dibawa PAS.

“Jika benar UMNO menerima semula PAS dalam kerjasama politik baharu, maka UMNO perlu menjelaskan kepada rakyat. Adakah UMNO kini bersedia merelakan politik garis keras agama berkembang semula demi kepentingan kuasa?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, keputusan PAS meninggalkan Bersatu turut menimbulkan persoalan mengenai naratif “penyatuan ummah” yang selama ini dijadikan asas kepada pembentukan Perikatan Nasional (PN).

“Jika PN benar-benar perjuangan ummah, mengapa PAS sendiri memutuskan hubungan dengan Bersatu? Ini menunjukkan slogan agama yang dimainkan selama ini hanyalah alat politik sementara.

“PAS tidak tinggalkan Bersatu kerana prinsip. PAS tinggalkan Bersatu kerana survival politik,” katanya.

Beliau mendakwa PAS tidak menyatakan pendirian untuk keluar daripada PN secara jelas, sebaliknya kembali menggunakan istilah seperti “penyatuan ummah” dan “electoral pact”, sekali gus menguatkan tanggapan parti itu sedang mencari jajaran politik baharu menjelang pilihan raya.

Mahfuz turut mengingatkan rakyat kini lebih memerlukan penyelesaian terhadap isu kos sara hidup, peluang pekerjaan, pendidikan, pelaburan dan ekonomi berbanding polemik politik berasaskan kaum dan agama.

“Rakyat mahu masa depan negara dibina dengan idea dan dasar, bukan dengan ketakutan kaum dan agama.

“Malaysia perlukan politik penyelesaian, bukan politik ketakutan,” katanya.

Terdahulu, PAS mengumumkan keputusan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu selepas beberapa tahun kedua-dua parti menjadi tonggak utama PN.

Berita berkaitan
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
2 jam lalu· Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
4 jam lalu· Politik
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
4 jam lalu· Isu semasa
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
2 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
2 jam lalu · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
6 jam lalu · Politik
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
6 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok