Teknologi 5G berpotensi bantu PMKS lebih berdaya saing: Fahmi

19 jam lalu · Isu semasa

Kementerian Komunikasi akan mengadakan perbincangan dengan pemain industri bagi meneroka potensi teknologi 5G dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), termasuk meneliti kemungkinan penyediaan insentif untuk sektor berkenaan menerusi Belanjawan 2027.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perbincangan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebelum beberapa cadangan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan dalam penyediaan belanjawan akan datang.

“Kita akan adakan sedikit perbincangan supaya kita boleh bawa beberapa perkara ke perhatian Kementerian Kewangan bagi dipertimbangkan. Mungkin ada beberapa insentif yang boleh disediakan kepada usahawan PMKS, tertakluk kepada keputusan yang akan dibuat oleh kementerian itu.

“Kita mahu syarikat-syarikat PMKS melihat sendiri apa yang boleh dimanfaatkan melalui teknologi 5G untuk kegunaan perniagaan mereka,” katanya selepas Majlis Pelancaran Gudang Pintar Termaju CelcomDigi hari ini.

Menurut Fahmi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut diarahkan mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi bagi mengenal pasti aplikasi yang mampu memperluaskan penggunaan teknologi 5G dalam pelbagai sektor ekonomi.

Beliau berkata usaha itu penting bagi memastikan teknologi generasi baharu berkenaan bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi syarikat besar, malah dapat dimanfaatkan oleh PMKS yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Setakat ini, liputan rangkaian 5G di Malaysia telah mencapai 84 peratus dan kerajaan menyasarkan kadar itu meningkat kepada 98 peratus menjelang tahun 2030.

Malaysia mula memperkenalkan rangkaian 5G secara berperingkat sejak 2021 sebagai sebahagian daripada agenda pendigitalan negara.

Teknologi tersebut dilihat mampu mempercepatkan transformasi digital menerusi penggunaan automasi, kecerdasan buatan (AI), Internet Benda (IoT) dan analitik data masa nyata dalam pelbagai industri.

Terdahulu, Fahmi menyempurnakan pelancaran Gudang Pintar Termaju CelcomDigi yang menggabungkan rangkaian 5G Standalone (5G-SA), teknologi AI dan sistem autonomi bagi meningkatkan kecekapan pengurusan gudang.

Menurut CelcomDigi, kemudahan itu mampu mengoptimumkan penggunaan ruang sehingga 30 peratus, meningkatkan kecekapan operasi melebihi 50 peratus serta mencapai ketepatan inventori sehingga 100 peratus.

Selain meningkatkan produktiviti, ekosistem bersepadu tersebut turut mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat menerusi pengurangan tugasan manual berulang dan berisiko tinggi melalui penggunaan sistem autonomi, pemantauan berasaskan AI serta notifikasi masa nyata.

Berita berkaitan
Soalan Lazim Siaran Langsung Piala Dunia 2026 di Saluran RTM
20 jam lalu· Rencana
Pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan: PMX
June 9, 2026· Isu semasa
MCMC arah tindakan segera baiki liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat
June 8, 2026· Isu semasa
Sebar video intim bekas suami, wanita menangis selepas didenda RM2,800
June 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
June 10, 2026 · Isu semasa
Malaysia teroka sumber minyak baharu, utamakan kesesuaian fasiliti tempatan
5 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan perdagangan bebas: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Kes aduan Albert Tei terhadap Azam ditutup, tiada tindakan lanjut: AGC
7 jam lalu · Isu semasa
Dunia perlukan hala tuju jelas, bukan sekadar kuasa: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok