SPR bermesyuarat Jumaat, dijangka umum tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan

June 10, 2026 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut Nota Kepada Pengarang yang dikongsikan SPR hari ini, mesyuarat khas itu akan berlangsung pada pukul 10 pagi sebelum satu sidang media diadakan sejurus selepas mesyuarat selesai.

Mesyuarat berkenaan dijangka menetapkan tarikh penting pilihan raya termasuk hari penamaan calon, hari pengundian serta tempoh berkempen bagi kedua-dua negeri.

DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi dibubarkan secara rasmi pada Jumaat lalu bagi memberi laluan kepada PRN, manakala DUN Johor yang memiliki 56 kerusi dibubarkan lebih awal pada 1 Jun.

“SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor dan Negeri Sembilan pada Jumaat ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan suruhanjaya itu.

PRN Johor dan Negeri Sembilan menjadi tumpuan kerana ia dilihat sebagai medan ujian penting kepada parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), selain bakal mencerminkan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri dan parti-parti utama di peringkat nasional.

Bagaimanapun, pembubaran DUN Negeri Sembilan turut mencetuskan polemik apabila terdapat dakwaan bahawa proses itu berkemungkinan tidak sah kerana didakwa tidak mendapat persetujuan pemerintah bersama negeri, iaitu Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Selain itu, isu berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, turut menjadi perhatian selepas timbul dakwaan mengenai penurunan takhta baginda oleh Undang Luak.

Perkara itu dibangkitkan susulan perkenan yang diberikan baginda terhadap pembubaran DUN Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
BN mahu pertahan 21 kerusi di Melaka, PRN pada bila-bila masa
August 28, 2026· Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
August 26, 2026· Politik
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
August 25, 2026· Isu semasa
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
August 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Saravanan didakwa tiga pertuduhan, berkait kuota pekerja asing
August 28, 2026 · Politik
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
13 jam lalu · Politik
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
19 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
19 jam lalu · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok