Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, manakala Negeri Sembilan akan mengadakan pengundian pada 1 Ogos depan.
Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata tarikh penamaan calon bagi PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 7 Julai.
Menurutnya, pengundi pos Kategori 1A termasuk petugas yang terlibat dalam urusan pilihan raya perlu mengemukakan permohonan undi pos selewat-lewatnya pada 24 Jun.
Bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara serta anggota agensi dan organisasi tertentu, permohonan perlu dibuat sebelum 19 Jun.
“SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting bagi memastikan proses pilihan raya dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Bagi Negeri Sembilan pula, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai, manakala pengundian awal akan diadakan pada 28 Julai.
Ramlan berkata, pendaftaran undi pos bagi negeri itu dibuka mulai hari ini. Pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petugas media yang layak mengundi secara pos perlu mengemukakan permohonan mereka sebelum 15 Julai, manakala dua lagi kategori pengundi pos perlu berbuat demikian sebelum 10 Julai.
Dalam pada itu, SPR memperuntukkan sebanyak RM167.4 juta bagi mengendalikan kedua-dua pilihan raya negeri berkenaan.
Daripada jumlah itu, RM86.8 juta diperuntukkan untuk PRN Johor, manakala RM80.6 juta bagi Negeri Sembilan.
Menurut data terkini SPR, seramai 2,727,926 pengundi berdaftar layak mengundi di Johor, sementara Negeri Sembilan mempunyai 889,490 pengundi berdaftar.
Bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar, seramai 42,971 petugas pilihan raya akan digerakkan di Johor, manakala 15,344 petugas akan bertugas di Negeri Sembilan.
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
Puad dakwa ada yang ‘tidak kena’ dalam senarai calon BN Johor
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar