62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma

June 13, 2026 · Isu semasa

Program AI@NADI dilancarkan di Negeri Sembilan hari ini sebagai usaha memperluaskan akses pembelajaran kecerdasan buatan (AI) kepada komuniti setempat, sekali gus memperkasakan kemahiran digital rakyat selaras dengan keperluan masa depan.

Program yang dirasmikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Seri Menanti itu dilaksanakan serentak di 62 pusat NADI di seluruh negeri.

Dalam ucapannya, Fahmi berkata inisiatif berkenaan bertujuan memastikan masyarakat pelbagai lapisan dapat memahami dan memanfaatkan teknologi AI secara berkesan dalam kehidupan harian serta bidang pekerjaan.

“Program ini memberi peluang kepada rakyat untuk mempelajari penggunaan AI secara praktikal dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, keusahawanan, pekerjaan dan pembangunan komuniti. Pada masa sama, penggunaan teknologi ini perlu dilakukan secara selamat, beretika dan bertanggungjawab,” katanya.

Program AI@NADI yang dianjurkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merupakan sebahagian daripada teras Pembelajaran Sepanjang Hayat di bawah Program Perkhidmatan Pintar NADI.

Ia memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran digital komuniti melalui latihan yang disesuaikan dengan keperluan semasa.

Melalui kelas yang ditawarkan secara percuma, peserta akan dibimbing menggunakan aplikasi AI bagi membantu tugasan harian, meningkatkan produktiviti dan membuka peluang baharu dalam bidang ekonomi digital.

Menurut MCMC, program itu terbuka kepada semua golongan termasuk pelajar, belia, usahawan dan komuniti setempat, selaras dengan fungsi NADI sebagai platform pembelajaran digital yang inklusif dan mudah diakses.

Pelaksanaan AI@NADI juga menyokong aspirasi Kementerian Komunikasi untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang Prompt Engineer di setiap pusat NADI di seluruh negara.

“Golongan ini bukan sahaja menguasai teknologi AI, malah berperanan sebagai pemudah cara dan pakar rujuk kepada komuniti dalam membantu masyarakat meneroka serta memanfaatkan teknologi tersebut dengan lebih produktif,” menurut kenyataan MCMC.

Inisiatif itu dijangka memberi manfaat besar khususnya kepada golongan muda dengan menyediakan kemahiran baharu yang semakin mendapat permintaan dalam pasaran kerja, selain berpotensi mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana nilai ekonomi di peringkat setempat.

NADI yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti telah melalui transformasi bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan digital kepada masyarakat.

Selain menawarkan akses internet, pusat itu kini menjadi hab pembangunan kemahiran digital dan pemerkasaan sosioekonomi komuniti.

Dengan pelaksanaan AI@NADI, peranan NADI terus diperkukuh sebagai pusat komuniti digital yang membantu meningkatkan penyertaan rakyat dalam ekonomi digital serta mempercepatkan adaptasi teknologi baharu di peringkat akar umbi.

Berita berkaitan
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026· Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
June 16, 2026· Politik
Polis siasat dakwaan Rosmah terlibat pembelian hartanah mewah di AS
June 15, 2026· Isu semasa
Warga Rohingya tetap bayar caj rawatan, tiada subsidi diberikan: Dr Dzulkefly
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PRN: Balik mengundi naik ETS, KTMB tambah tren ke Johor
1 jam lalu · Isu semasa
Malaysia naik ke tangga 15 daya saing dunia, bukti langkah kerajaan berhasil: PMX
1 jam lalu · Isu semasa
Di Kazan, Anwar nyata pendirian Malaysia pertahan keamanan dunia
21 jam lalu · Isu semasa
SPRM mohon sekat Na’imah urus aset Jersey, pendengaran Ogos ini
23 jam lalu · Isu semasa
CEO Stadium Malaysia didakwa terima, minta rasuah lebih RM1 juta
June 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok