Anwar berlepas ke Rusia sertai Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN

June 16, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Kazan, Persekutuan Rusia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia yang berlangsung dari 17 hingga 18 Jun.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, selain menghadiri Forum Perniagaan Russia-ASEAN yang menghimpunkan pemimpin kerajaan dan komuniti perniagaan dari kedua-dua pihak.

“Usai agenda di Kazan, saya kemudian akan ke Ashgabat, Turkmenistan bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Serdar Berdimuhamedow. Mohon doa teman-teman agar urusan saya dan delegasi Malaysia dipermudah lantas membawa manfaat dan pulangan terbaik kepada negara,” katanya.

Menurut Kementerian Luar, Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak tersebut dengan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Abdul Ghani, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia tahun ini diadakan sempena ulang tahun ke-35 hubungan dialog antara ASEAN dan Rusia yang bermula di Kuala Lumpur pada 1991.

Pertemuan itu dijangka menjadi platform penting untuk menilai kemajuan kerjasama yang telah dicapai sepanjang tempoh tersebut serta membincangkan hala tuju baharu di bawah Perkongsian Strategik ASEAN-Rusia.

Antara fokus utama perbincangan ialah usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga, keterjaminan makanan, ekonomi digital, sains dan teknologi, pendidikan, budaya serta pelancongan.

Penyertaan Malaysia dalam sidang kemuncak itu dilihat penting ketika ASEAN terus memperluaskan hubungan strategik dengan kuasa-kuasa besar dunia bagi merangsang pertumbuhan ekonomi serantau dan memperkukuh kerjasama pelbagai hala.

Rusia merupakan antara rakan dialog utama ASEAN yang memainkan peranan dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan, tenaga dan pembangunan teknologi.

Selepas menyelesaikan agenda di Kazan, Anwar dijadual meneruskan lawatan rasmi ke Turkmenistan bagi memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama baharu antara kedua-dua negara.

Berita berkaitan
Harga minyak tidak naik demi lindungi rakyat: Anwar
June 15, 2026· Isu semasa
Persefahaman AS-Iran dialu-alukan, harap redakan ketegangan Asia Barat: PMX
June 15, 2026· Isu semasa
UMNO nafi dakwaan jadi punca kerajaan Negeri Sembilan tidak stabil: Asyraf Wajdi
June 14, 2026· Politik
Negeri Sembilan stabil, tapi ada yang cuba jatuhkan kerajaan: PMX
June 14, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Sambutan Hari Peneroka ditangguh atas permintaan kerajaan Johor sendiri? – Sumber
2 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel turun 30 sen, subsidi kerajaan cecah RM3.5 bilion sebulan
2 jam lalu · Isu semasa
Berfikir sebelum bertindak, Sultan Nazrin ingatkan pemimpin
11 jam lalu · Isu semasa
13 individu direman, SPRM bongkar sindiket rasuah RM2.5 juta
11 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan masuk universiti secara tidak sah perlu dibuktikan: Zambry
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok