Tudung dijadikan bahan politik, Syahredzan kecam imej AI libatkan pemimpin DAP

June 19, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan mengecam tindakan menularkan imej janaan kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan beberapa pemimpin wanita DAP berketurunan Cina memakai tudung, menyifatkannya sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan menghina sensitiviti agama.

Menurut beliau, imej yang dikongsikan menerusi satu hantaran media sosial berbahasa Cina itu dipercayai bertujuan mempengaruhi sentimen pengundi masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Syahredzan mendakwa imej tersebut cuba menggambarkan kononnya DAP sanggup mengorbankan kepentingan masyarakat Cina demi meraih sokongan pengundi Melayu.

“Tindakan itu bukan sahaja tidak matang, malah telah mengguris hati umat Islam kerana memperalatkan hijab demi agenda politik peribadi.

“Hijab bukan peluru politik anda atau alat untuk mengejek pihak lawan. Bagi ramai orang, ia adalah sebahagian daripada identiti Muslim dan satu kewajipan bagi mereka yang beriman,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Beliau turut mempersoalkan sikap pihak tertentu yang didakwanya sanggup menggunakan isu agama dan budaya sebagai bahan kempen politik semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

“Adakah mereka begitu terdesak untuk mendapatkan undi masyarakat Cina di Johor sehingga sanggup merendahkan diri ke tahap ini?” katanya.

Terdahulu, Syahredzan memuat naik tangkap layar satu hantaran media sosial yang memaparkan beberapa wanita memakai pakaian Pakatan Harapan dan bertudung, dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi AI.

Bagaimanapun, semakan mendapati hantaran asal tersebut tidak lagi dapat diakses dan dipercayai telah dipadamkan selepas menerima kecaman daripada pelbagai pihak.

Difahamkan, individu yang dikaitkan dengan hantaran berkenaan didakwa mempunyai hubungan dengan MCA, namun setakat ini parti itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Usaha mendapatkan maklum balas daripada MCA dan pihak yang terlibat juga masih belum menerima sebarang respons ketika artikel ini ditulis.

Berita berkaitan
Fahmi tegas tolak AI ganti peranan wartawan
June 19, 2026· Isu semasa
Selangor umum bantuan rakyat RM209 juta, Johor pula bersedia untuk pilihan raya: AMK
4 jam lalu· Politik
DAP ikhlas dengan UMNO, bukan hanya kawan masa senang: Nie Ching
4 jam lalu· Politik
PRN: Balik mengundi naik ETS, KTMB tambah tren ke Johor
5 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Mahfuz dakwa PAS punca perpecahan umat Islam, serlah wajah sebenar Hadi
June 19, 2026 · Politik
PAS perlu uji kekuatan sebenar ‘gelombang hijau’, tinggalkan PN bertanding guna bulan
4 jam lalu · Politik
21 saksi selesai beri keterangan dalam kes rasuah bekas MB Perlis
5 jam lalu · Politik
PAS disaran keluar PN, bentuk gabungan baharu bersama UMNO: Tun Faisal
5 jam lalu · Politik
PKR teliti tindakan undang-undang terhadap Rafizi, Nik Nazmi
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok