Fahmi tegas tolak AI ganti peranan wartawan

June 19, 2026 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi menegaskan tidak akan menyokong sebarang usaha menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menggantikan peranan wartawan dalam penghasilan berita.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata sendiri menolak cadangan sebuah entiti yang memohon menggunakan Dana Inovasi Media untuk membangunkan aplikasi AI yang mampu menghasilkan laporan berita secara automatik tanpa penglibatan wartawan.

Menurutnya, aplikasi itu dicadangkan untuk memproses kenyataan media yang dikeluarkan oleh kementerian atau mana-mana pihak sebelum menukarkannya terus kepada laporan berita.

“Mereka cadangkan satu aplikasi yang boleh ambil kenyataan daripada kementerian atau mana-mana pihak dan terus hasilkan berita.

“Tuan-tuan dan puan-puan nak tahu apa jawapan saya? Hampir-hampir saya minta mereka keluar, tetapi tidaklah saya bercakap kasar.

“Saya tak mahu layan aplikasi macam ini dan saya kata saya tidak boleh sokong usaha seperti ini,” katanya ketika berucap pada Program Pemukiman Media Malaysia 2.0 bersama Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) hari ini.

Fahmi berkata, peranan wartawan tidak boleh digantikan oleh teknologi AI kerana tugas mereka jauh lebih besar daripada sekadar menulis dan menyusun ayat untuk sesuatu laporan.

Katanya, wartawan berfungsi sebagai saksi kepada sesuatu peristiwa, mendapatkan maklumat daripada sumber primer serta mengesahkan fakta sebelum sesuatu berita diterbitkan kepada masyarakat.

“Untuk saya, wartawan itu sangat-sangat penting. Tidak boleh ganti tugas wartawan dengan AI kerana fungsi wartawan adalah menjadi saksi, mengumpul maklumat daripada sumber primer dan berdasarkan disiplin, pengalaman serta keupayaan mereka mengolah sesuatu berita.

“Jadi itulah komitmen saya dan Kementerian Komunikasi untuk memastikan pekerjaan para wartawan dapat kita kekalkan.

“Tanpa wartawan, bagi saya dan bagi pihak kementerian, tanpa wartawan tidak ada berita,” katanya.

Perkembangan teknologi AI kebelakangan ini telah mencetuskan perdebatan dalam industri media global apabila semakin banyak organisasi mula menggunakan teknologi tersebut bagi membantu menghasilkan kandungan, menterjemah laporan dan menyunting bahan berita.

Bagaimanapun, pengamal media berpendapat penggunaan AI seharusnya berfungsi sebagai alat sokongan kepada wartawan dan bukannya menggantikan peranan manusia sepenuhnya, terutama dalam aspek pengesahan maklumat, etika kewartawanan serta liputan di lapangan.

Dana Inovasi Media yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini bertujuan membantu organisasi media meneroka teknologi baharu dan memperkukuh kelestarian industri, namun Fahmi menegaskan sebarang inovasi yang menjejaskan peranan asas wartawan tidak akan mendapat sokongan kementerian.

Berita berkaitan
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
October 27, 2026· Isu semasa
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
October 27, 2026· Politik
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
12 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
12 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
12 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
19 jam lalu · Isu semasa
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok