PH umum calon PRN Johor malam esok

June 21, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan barisan calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dalam satu majlis yang dijadual berlangsung di Bukit Gambir malam esok.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata akan hadir bersama pimpinan gabungan itu untuk memperkenalkan calon-calon yang akan membawa amanah rakyat dalam pilihan raya berkenaan.

Menurut beliau, Johor memerlukan kepimpinan yang mempunyai integriti, berwibawa dan komited untuk memacu pembangunan negeri serta menjaga kebajikan rakyat.

“Insya-Allah saya akan ke Bukit Gambir esok untuk bersama pimpinan Pakatan Harapan mengumumkan calon yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16.

“Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja kuat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Ahad.

Anwar yang juga Perdana Menteri turut mengajak rakyat Johor hadir ke majlis berkenaan yang disifatkannya sebagai langkah awal ke arah kemenangan PH dalam PRN kali ini.

Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Johor Ke-16 itu dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam di Padang Bukit Gambir Extreme Park.

PRN Johor diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai. Hari pengundian pula ditetapkan pada 11 Julai.

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
11 jam lalu· Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
13 jam lalu· Politik
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
13 jam lalu· Politik
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
16 jam lalu · Politik
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
16 jam lalu · Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
16 jam lalu · Politik
Annuar sahkan rundingan PAS-UMNO, kerjasama gagal dimeterai untuk PRN Johor: Laporan
16 jam lalu · Politik
Selepas Puad keluar UMNO, bekas ADUN Layang-Layang pula umum sertai Bersatu
June 25, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok