Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center

6 jam lalu · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim terus muncul sebagai pemimpin politik yang menerima sokongan tertinggi dalam kalangan rakyat apabila mencatat kadar sokongan sebanyak 52 peratus, menurut tinjauan terbaharu Merdeka Center yang dikeluarkan hari ini.

Tinjauan yang dijalankan antara 12 Mac hingga 9 April itu turut mendapati 42 peratus pengundi percaya Malaysia masih berada di landasan yang betul meskipun negara berdepan ketidaktentuan global serta cabaran ekonomi.

Angka itu kekal tidak berubah berbanding tinjauan yang dijalankan pada Disember 2025 dan Februari 2026.

Menurut Merdeka Center, “sebanyak 39 peratus responden Melayu berpendapat negara berada di landasan yang betul, berbanding 50 peratus responden Cina dan 33 peratus responden India.”

Kajian itu juga menunjukkan golongan muda berusia 21 hingga 30 tahun merupakan kumpulan paling optimistik dengan 57 peratus berpandangan positif terhadap hala tuju negara, manakala responden berusia 51 hingga 60 tahun mencatat kadar paling rendah iaitu 32 peratus.

Dari segi prestasi Kerajaan Persekutuan, sebanyak 50 peratus responden menyatakan mereka berpuas hati, manakala 48 peratus lagi menyatakan sebaliknya.

Mengikut pecahan kaum, tahap kepuasan tertinggi direkodkan dalam kalangan Bumiputera Muslim dan bukan Muslim dari Sabah dan Sarawak dengan 68 peratus, diikuti responden Cina sebanyak 53 peratus.

Responden India dan Melayu masing-masing mencatat kadar kepuasan 46 peratus dan 44 peratus.

Golongan muda sekali lagi mencatatkan tahap sokongan tertinggi terhadap kerajaan apabila 64 peratus responden berusia antara 21 hingga 30 tahun menyatakan mereka berpuas hati dengan prestasi pentadbiran semasa.

Merdeka Center turut mendapati sokongan terhadap agenda reformasi institusi kekal kukuh, termasuk cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta pelaksanaan pilihan raya secara langsung bagi jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Perlu diperhatikan bahawa sokongan terhadap reformasi politik ini menunjukkan perbezaan kecil antara responden Melayu dengan bukan Melayu, sekali gus memperlihatkan cadangan berkenaan mendapat sokongan meluas merentasi pelbagai kaum,” menurut kenyataan itu.

Tinjauan berkenaan melibatkan 1,209 pengundi di seluruh negara menerusi temu bual telefon menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata bagi mencerminkan komposisi demografi pengundi Malaysia.

Responden terdiri daripada 51 peratus Melayu, 27 peratus Cina, lapan peratus India serta masing-masing tujuh peratus Bumiputera Muslim dan Bumiputera bukan Muslim dari Sabah dan Sarawak.

Merdeka Center secara berkala menjalankan tinjauan persepsi awam bagi mengukur pandangan rakyat terhadap prestasi kerajaan, kepimpinan negara serta isu-isu semasa yang mempengaruhi landskap politik dan ekonomi Malaysia.

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
June 26, 2026· Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
2 jam lalu· Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
June 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
2 jam lalu · Politik
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
2 jam lalu · Politik
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
5 jam lalu · Politik
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
5 jam lalu · Politik
Annuar sahkan rundingan PAS-UMNO, kerjasama gagal dimeterai untuk PRN Johor: Laporan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok