PRN Johor: Bersatu sedia guna logo sendiri jika gagal dapat kebenaran PN

June 22, 2026 · Politik

Bersatu tidak menolak kemungkinan menggunakan logo parti sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya tidak memperoleh kebenaran untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN di Kuala Lumpur pada malam ini sebelum keputusan muktamad dibuat secara bersama oleh kepimpinan gabungan berkenaan.

Menurut beliau, keutamaan Bersatu adalah untuk menggunakan logo PN, namun penggunaannya tertakluk kepada proses dan kelulusan yang ditetapkan oleh gabungan tersebut.

“Ada orang tanya saya, apa logo nak pakai. Kita akan pakai logo PN, tetapi macam mana nak guna kalau pengerusi PN tidak mahu tandatangan. Untuk guna logo PN kena ada watikah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor Bersatu di Bakri malam tadi.

Kenyataan itu hadir ketika spekulasi mengenai hubungan antara parti-parti dalam PN terus menjadi perhatian menjelang PRN Johor.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan menegaskan Bersatu akan terus kekal bersama PN dan bercadang menggunakan logo gabungan itu dalam PRN Johor serta Negeri Sembilan.

Namun kenyataan tersebut kemudiannya mendapat reaksi daripada PAS yang menyifatkan pengumuman itu dibuat terlalu awal.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, penggunaan logo PN memerlukan watikah atau kuasa rasmi yang perlu ditandatangani oleh Pengerusi PN dan bukannya presiden mana-mana parti komponen.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin menegaskan Bersatu mempunyai ramai calon berpotensi untuk diketengahkan dan berharap dapat bertanding lebih banyak kerusi bagi meningkatkan peluang membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, sasaran itu penting kerana jumlah kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu masih jauh daripada jumlah yang diperlukan untuk mengambil alih pentadbiran Johor.

“Johor ada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Pada PRN lalu, Bersatu menang dua kerusi iaitu Bukit Kepong dan Endau, manakala PAS menang di Maharani.

“Kalau 10 kerusi tidak cukup untuk jadi kerajaan. Perlu ada sekurang-kurangnya 28 campur satu kerusi untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
6 jam lalu· Politik
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
6 jam lalu· Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
6 jam lalu· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
6 jam lalu · Politik
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
9 jam lalu · Politik
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
9 jam lalu · Politik
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
13 jam lalu · Politik
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok