PRN Melaka dijangka diadakan menjelang September: Rauf

June 22, 2026 · Politik

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berkemungkinan diadakan dalam tempoh kira-kira tiga bulan lagi susulan jangkaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum tamat penggal pentadbiran semasa pada hujung tahun ini.

Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan pembubaran DUN dilakukan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN diadakan sejurus selepas pilihan raya negeri di Johor dan Negeri Sembilan selesai.

Menurut beliau, penggal DUN Melaka hanya akan berakhir pada penghujung Disember ini, namun pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum tarikh tersebut.

“Tempoh habis penggal DUN Melaka hanya berakhir pada hujung tahun ini dan dalam tempoh berkenaan, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa.

“Justeru, sebelum sampai waktunya, kita akan terus menjalankan urusan kerajaan dan menyantuni rakyat sehingga satu tarikh yang akan diumumkan secara rasmi kelak,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Ab Rauf berkata, PRN Melaka tetap perlu dilaksanakan tahun ini kerana ia merupakan proses demokrasi yang ditetapkan mengikut tempoh penggal pentadbiran negeri.

Katanya, fokus kerajaan negeri ketika ini adalah meneruskan agenda pembangunan dan pentadbiran bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan sebelum memasuki musim pilihan raya.

“Tarikh akhir penggal ini adalah pada hujung Disember dan sudah pasti PRN akan diadakan sebelum tarikh itu,” katanya.

Sementara itu, Speaker DUN Melaka, Ibrahim Durum menjelaskan penggal DUN Melaka dijadualkan berakhir pada 27 Disember ini dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran dewan.

Beliau berkata keputusan sama ada DUN dibubarkan lebih awal atau dibiarkan sehingga tamat penggal adalah hak Ketua Menteri selepas mengambil kira pelbagai faktor semasa.

PRN Melaka sebelum ini diadakan pada November 2021 susulan krisis politik yang tercetus apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri ketika itu.

Situasi tersebut menyebabkan kerajaan kehilangan majoriti dan membawa kepada pembubaran DUN pada 4 Oktober 2021.

Berita berkaitan
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
9 jam lalu· Politik
Puad diminta bertenang, Mat Maslan minta fokus bantu hadapi PRN Johor
9 jam lalu· Politik
PRN Johor: Bekas ADUN Bersatu calon BN di Endau, Onn Hafiz kekal di Machap
10 jam lalu· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
9 jam lalu · Politik
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
12 jam lalu · Politik
Bersatu nafi bantah kemasukan Pejuang ke PN, bantah kemasukan PCM: Hilman
12 jam lalu · Politik
Tun Faisal dakwa Hamzah punca keretakan PN, PAS campur urusan dalaman Bersatu
16 jam lalu · Politik
Parti Rafizi terlalu taksub kritik kerajaan, tiada formula bantu rakyat: AMK
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok